Nuffnang

Friday, January 28, 2011

Peluang Baik Utuk Blogger..Ada Wifi Nanti kat.....restoran



Restoran di KL wajib ada WiFi tahun depan

KUALA LUMPUR – Semua pengusaha restoran di ibu negara akan diwajib menyediakan perkhidmatan kemudahan Internet jalur lebar tanpa wayar (WiFi) di premis masing-masing mulai tahun depan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail (gambar) berkata, jika mereka ingkar, lesen perniagaan restoran sedia ada tidak akan diperbaharui manakala bagi pengusaha baru, ia akan menjadi syarat kepada pemberian lesen.

Katanya, peraturan baru itu dibuat bagi memastikan sasaran untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah ibu negara maju pada tahun 2020 tercapai.

“Kita akan lakukan pindaan terhadap syarat lesen perniagaan untuk memastikan arahan ini dipatuhi.

“Lesen baru tidak akan dikeluarkan dan lesen pengusaha restoran sedia ada tidak akan diperbaharui jika syarat ini gagal dipatuhi,” katanya pada sidang akhbar sempena Hari Wilayah di Angkasapuri di sini semalam. KOSMO

Ulasan..Kita sebagai blogger yang sebuk dengan kerja dan line beruk band selalu bermasalah..boleh lah pergi ke retoran untuk berblogger disana..sekarang ni pun ada dah..kita gunakan manfaat ini sebaik mungkin bagi memantapkan serta mengemaskini blog kita.

Di Pulau Pinang pihak kerajaan negeri telah mengenal pasti tempat tempat yang strategik untuk proses pemasangan Wifi Rakyat..hebat kan...sebelum balik rumah kita masih sempat lagi untuk berblogger.

14 comments:

Penulis Rindu said...

la nie di perpustakaan pun dah ada wifi, restoran pun ada tapi tak menyeluruh..

CahayaCintaIlahi said...

yep mang berita yang sangat baek ! ;)

Abu Luqman said...

makasih cahaya cintailah: berita baik

aliza zeke said...

wahhh..baguslah camnie. :)

~~su manje~~~ said...

adoi jauhnya su nak gi sana...em....kat sini blum ada lagi yang semacam hitu...


oh ya...seperti yang di katakan tempoh hari...
DAH siap ada kat sini

http://hubersuhner.blogspot.com/2011/01/tutorial-blogwalking.html

Abu Luqman said...

makasih

aliza

su manja ; tq ye

Abu Luqman said...

makasih nadia..betul tu...tapi tak semua

tehr said...

memang bagus ni
tapi jangan pula ada yang tak mahu pulang ke rumah nanti

maklum la, kat restoran ni siap semua dengan makan minum

Kak Mahh said...

Seronok lah makan sambil melayari internet.

Seri Bahasa said...

yang kita takut pihak restoran kenakan bayaran pulak.

Hafiz! said...

Bagus nie,
Dapat internet free,
Benda free memang best pun,
Huhu.

jersimalaysia said...

tinggal beli hp ade wifi je pasni..mudah

Abu Luqman said...

makasih

tehr : balik..
sri : perpustakaan pun kena caj letrik
zimah..memang best
mabuk : makasih

ASSOYFINGER67 said...

patut masjidpun pasang WiFi..supaya blogger senang berblogging sambil bersembahyang..huhu

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung