Nuffnang

Monday, February 21, 2011

Ikan buaya paling berat di dunia ditangkap..mai kita lihat


DUA orang ahli biologi Jabatan Perikanan, Hidupan Liar dan Taman Mississippi mengukur ikan buaya yang ditangkap Kenny Williams di Tasik Chotard, Amerika Syarikat pada 14 Februari lalu.

TASIK CHOTARD, Amerika Syarikat - Seekor ikan buaya paling berat di dunia berjaya ditangkap oleh seorang pemancing, Kenny Williams di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Berat ikan itu ialah 148.32 kilogram (kg), panjang 2.59 meter dan dianggarkan berusia di antara 50 hingga 70 tahun.

Sebelum ini seekor ikan buaya berjaya ditangkap di Rio Grande, Texas pada 1951 dengan berat 126.55kg.

Menurut Williams, pada mulanya dia tidak mengetahui bahawa ikan yang ditangkapnya pada 14 Februari lalu itu cukup besar.

Lelaki tersebut berkata, selepas dia menaikkan tangkapannya di atas bot, dia berasa terkejut melihat ikan buaya itu yang terlalu besar.

Williams membuat keputusan untuk menyerahkan ikan itu kepada Muzium Sains Semula Jadi Mississippi di Jackson untuk dipamerkan kepada orang ramai. - Agensi

Ulasan .. Saya pernah lihat ikan ni dalam akuarium tapi kecil sahaja.lebih kuran panjang 3 kaki...

24 comments:

Penulis Rindu said...

salam ..buat semua..sekali sekala.kita lihat benda yang pelik ye

Unknown said...

ikan buaya?tak pernah wan dengar plak..mak aih,besar tol..kalau boleh makan ni,wat stok sebulan...

~~su manje~~~ said...

em....
pertama kali nampak yg pelik nie..
thanks sharing...

Kak Mahh said...

Peliknya...

thomas said...

Ikan ini perangainya mcm buaya ke?

nIsYa said...

besar nye...

nairaariaa said...

takutnye tengok...

YUL said...

peh, besa siot, tk penah tgok aku, hehe

a loqman said...

salam ..terima kasih

rozuan
su manja
zmah..

farhana sahri said...

dh cm buaya..hukhukhuk..nsib la tak ada kaki..heheeh

fiqkbe said...

alligator gar fish mmg besar2 mcm buaya. byk idup kt sungai amazon. fiq tgk kt discovery channel aritu.

Cik Yana said...

Ikan buaya? First time dengar :)

BisnesMeng said...

Ikan ghorr...

National Geograpik...'River Monster'...

Jey said...

ikan ni pemangsa macam buaya jugak ke??

ghost said...

mak eii..ikan kacukan boya aper..pelik2 sekarang ikan ek.boleh makan ker idak tuh..

Penulis Rindu said...

terima kasih
cik farhana
fiqbe
cik yana

Penulis Rindu said...

terima kasih
tokeh besar
hafzan sarah
ghost writer

tomato said...

uiks..firast dgr gak nih..

Unknown said...

Penat nak layan ikan nih...mau sengal sumer sendi tulang temulang..hehehe

MrsLove said...

pelik2x...

Penulis Rindu said...

tq
yastro..letih bro
colourful life..selamat kembali k dunia Blog

Kak Imun said...

Salam, dik luqman. Besarnya ikan buaya tu, baru kali sekali kak tau kewujudan spesis ni...

Agak2 bole buat laukkah ni..hehe....

sud@is said...

alamak..
kacukan boya dengan ikan = bokan

ZannaMazlan said...

peliknya ikan buaya..


Terkini : sesuai ke??

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung