Nuffnang

Monday, May 2, 2011

Osama Laden mati dibunuh Amerika...

Musuh nombor satu Amerika Syarikat, Osama Laden meninggal dunia dan pengumuman rasmi berhubung perkara telah dibuat oleh Presiden Barack Obama.

NONEWartawan Al Jazeera di Kabul berkata, pihak berkuasa Afghanistan mengesahkan kematian pemimpin Al Qaeda itu dan mayat Osama kini berada dalam tangan Amerika Syarikat.

Allahyarham dibunuh di Pakistan dalam serangan pada Ahad.

Osama, hartawan kelahiran Arab Saudi itu menjadi buruan Amerika Syarikat apabila dikatakan terlibat dalam perjuangan bersenjata di seluruh dunia.

Antaranya, deliau dilaporkan sebagai pihak di belakang serangan 11 September ke atas negara kuasa besar dunia itu.

Osama dilaporkan dibunuh dalam satu operasi ketika anggota risikan Amerika Syarikat menyerbu sebuah rumah agama di luar Islamabad.

US soldier Taliban hostage AfghanistanTentera Amerikat Syarikat memburu Osama bertahun-tahun, yang kemudiannya digandakan berikutan serangan pesawat terhadap Pusat Perdagangan Sedunia di New York dan Pentagon yang dilaporkan menyebabkan 3,000 terkorban orang pada 2001.

Bagaimanapun Osama berupaya melepasi pemburuan tentera Amerika Syarikat dan sering dipercayai bersembunyi di kawasan sempadan Pakistan dan Afghanistan.

Sementara itu, Reuters melaporkan doktor dan pakar bedah kelahiran Mesir Ayman al-Zawahri, orang kedua rangkaian Al-Qaeda dijangka akan menggantikan Osama bin Laden ekoran kematiannya.

Ayman Al-Zawahri bakal ganti Osama

Ayman menjadi nadi bagi pergerakan Osama dan juga rangkaian Al-Qaeda dan seringkali mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengecam Amerika Syarikat dan sekutunya menerusi mesej- mesej video.

al qaeda ayman al zawahiri pc on obama 200409Dalam kenyataan terbaru yang dipantau SITE Intelligence Group bulan lalu, Ayman menggesa umat Islam menentang tentera Nato dan Amerika Syarikat ekoran serangan ke atas Libya yang masih berterusan.

Lahir dalam keluarga kelas atasan yang terdiri daripada sarjana dan doktor di Kaherah, Ayman yang kini berusia lewat 50 merupakan individu kedua selepas Osama diletakkan dalam senarai orang paling dikehendaki FBI.

Kedua- dua Osama dan Ayman membolosi tentera Amerika Syarikat yang menggulingkan kerajaan Taliban di Afghanistan pada akhir 2001 ekoran serangan 11 September.

Ayman, pemimpin yang berkaca mata dengan rambut kelabu, mendapat perhatian pada November 2008 apabila Obama yang dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat sebagai “house Negro”, istilah yang digunakan oleh pemimpin Amerika Muslim berkulit hitam pada 1960-an, Malcolm X untuk menggambarkan hamba kulit hitam yang setia kepada golongan berkulit putih...Malaysiakini

13 comments:

Penulis Rindu said...

kau mati didunia sahaja..Osama..diakhirat kau bangun sebagai mujahid

rafina mimi abdullah said...

btl ke osama dah mati?x percaya le..

Miecyber said...

Boleh di ragukan berita ini...

Atap genting dari tiub ubat gigi

Captain said...

salam sahabat..

Mati dalam iman kata P. Ramlee.
Bunuh yahudi laknat dan sekutunya..itu matlamat Osama..

Dah klik juga sahabat punya...tolong menolong membawa berkat.

apple hijau said...

rasa macam tak percaya jer Osama dah meninggal tapi... Allah Maha Berkuasa.

sud@is said...

Mujahid.kembali

a loqman said...

makasih
mr yee
miesyber...mungkin dia orangnak keluar dari Afgan tu..duit abih dah

a loqman said...

terima kasih

Appale hijau

Capt...tolong sama ye

Eye_nee said...

Jika benar itu Adalah Osama...semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan Mujahid2 yg berjuang menegakkan Islam...Aminn..

a loqman said...

terima kasih

sudais
eye nee

lang lang blog said...

Innalillahi wainnailaihi rozi'un, semoga seluruh amal ibdadahnya diterima dan dosa-dosanya diampuni.

Miecyber said...

Ramai orang tak percaya Obama


Penemuan Saintis Islam

a loqman said...

Terima kasih

Miecyber

tHanjawa Arif

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung