Nuffnang

Thursday, June 30, 2011

Wardina beri blogger tempoh 14 hari




WARDINA (kanan) menafikan dakwaan bahawa dia telah menyertai PKR sambil diperhatikan Muhammad Hanif pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Pengacara popular, Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, memberi tempoh 14 hari mulai semalam kepada pengendali blog yang mengaitkan dirinya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengeluarkan gambar dan artikel berkaitan dirinya daripada blog tersebut.

Menurut Wardina, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pengendali blog terbabit masih berdegil dan enggan berbuat demikian.

Ujar pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 itu, blog tersebut telah memuat naik gambarnya semasa tidak memakai tudung yang disifatkan sebagai menghina dan memalukannya.

"Saya mempunyai anak dan suami. Membuka aib saya pada masa dahulu sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka.

"Jadikan kisah saya sebagai tauladan dan saya berharap hal ini tidak terjadi kepada artis-artis lain (yang kini memakai tudung)," ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam...KOSMO hari ini

14 comments:

rafina mimi abdullah said...

siapakah blogger yg di maksudkan itu?adakah saya?oh tidak sama sekali kerana saya x pernah buat entri mengenai artis..hehehe :)

Eye_nee said...

itulah kan jgn lah menulis sesuatu yg kamu tidak pasti atau sesuatu yg mengaibkan individu tidak kira siapa pon mereka..

belogkiter said...

sebagai blogger kena pastikan kesahihan cerita baru tulis. hati hati lah semua

a loqman said...

makasih ye.....huhu

~~su manje~~~ said...

em....pasti ke....?
atau gosip semata mata

Mai said...

Kesian kak wardina..
kecian jugak kat blogger tuh XD

Durrani Zamri said...

Blogger jgn main post je tanpa usul peksa kan, hah nanti kena tindakan baru nk terngadah..Wah! :) HEHE

Kak Imun said...

Salam, dik luqman. Para penggiat blog kena hati2lah kan......:)

umiawadah said...

berkenaan mengaitkannya denga PKR Wardina takut kena banned kot dengan tv3 habislah takde job...yang berkenaan dengan mengaibkan tu saya setuju..jangan aibkan orang dengan kisah-kisah silamnya...tak baik langsung

shameel Iskandar said...

blogger2 jahat perlu diajar. kenapa tak tulis criter utusan malaysia musuh islam sbb utusan hina agama dgn menyiarkn kariaktur hina hukum agama.

ctpayong said...

semoga ini menjadi contoh yg dapat memberi panduan kepada semua bloggers termasuk kakCT sendiri.

Teroka said...

macam-macam hal.....blogger sekarang ni nak popular cepat....

Elie Lily said...

nak jadi blogger, semua bnda kena jaga..macam artis jugak la..
hahha

Anonymous said...

alamak..penganjur forum remaja pun bangang jugak..ade ke dia suruh wardina cerita pasal macammana dia berubah..penganjur tu buat forum dalam masjid..dia ingat ni agama kristian ke nak buat pengakuan tentang dosa..?..memalukan org..meletakkan maruah wardina dalam keadaan serba salah..takde akal betul..program isra` mikraj dimasjid bukit indah ampang beberapa hari lepas..aku salah seorg jemaah yg hadir..panel pun tak guna otak..selain dr wardina, sham kamikazi..sham lelaki takpe..wardina perempuan..sepatutnya yg dah lepas tu sudah..tak perlulah nak tanya macammana titik mula perubahan ke arah lebih baik..semua org berdosa dan pernah buat dosa..tp tak perlulah suruh org tu bercerita bagaimana apa yg buat mereka berubah..sebagai contoh..aku yg tak tau, terus jadi tahu siapa wardina sebelum dia berubah ke arah kebaikan..disini nak dinyatakan..gunalah akal yg waras..memalukan institusi agama juga kalau topic tak bertepatan..sepatutnya topic ni berjalan pada waktu Maal Hijrah..kesian wardina..perkara ini tak seharusnya berlaku disaat dikelilingi org2 agama yg handal dan hebat..insiden yg amat memalukan..harus diingat..kerja dakwah bukan untuk dapatkan pulangan ganjaran dgn mengadakan forum2 begini. Tiada pengisian langsung hanya semata2 "pengakuan melakukan dosa dan kembali ke arah kebaikan" sedangkan yg hadir sudah tentu org yg bertaubat..terpanggil menyatakan perkara ini kerana umpama niat berdakwah penganjur/ustaz yg baik bertukar kepada memalukan panel jemputan secara langsung atau tidak langsung..menceritakan tentang dosa lalu adalah dosa juga..inikan pula depan khalayak yg rata2 org agama dan peringkat mak ayah kita..?..hindarkanlah..org ke masjid mencari ilmu bukan mendengar pengakuan org yg kembali bertaubat..

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung