Selamat Hari raya Eidul Fitri..
Nuffnang
Sunday, August 28, 2011
Selamat Hari Raya Eidul fitri
Selamat Hari raya Eidul Fitri..
Thursday, August 25, 2011
Bersabung nyawa balik raya
PELABUHAN KLANG – “Saya bayar tambang bot semahal RM850 dan meredah lautan semata-mata mahu pulang beraya bersama anak-anak yang amat saya rindui.” Itu luahan seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 38, selepas ditahan Maritim Malaysia (APMM) daerah Klang di perairan Sekinchan dekat sini kelmarin.
Dia merupakan seorang daripada 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang ditahan ketika cuba menyeludup keluar dari negara ini menaiki sebuah bot. Menurut Siti, sudah hampir setahun dia yang bekerja sebagai pembantu rumah di Subang dekat sini, tidak pulang beraya bersama anak-anak di Medan, Indonesia. Katanya, meskipun menyedari tindakan tersebut menyalahi undang-undang dan berbahaya, dia tiada pilihan lain selain mempertaruhkan nyawa di lautan untuk pulang beraya di kampung.
“Saya sebenarnya mahu pulang terus ke Indonesia dan tidak mahu lagi kembali ke sini tetapi belum sempat tiba, bot pula rosak,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin. Terdahulu, ketika ditahan, bot yang dinaiki mereka termasuk seorang tekong dan lima wanita berusia di antara 20 hingga 46 tahun terapung di situ sejak tiga hari lalu kerana kerosakan enjin.
Bot yang dipenuhi dengan pelbagai barangan untuk dibawa pulang sebagai hadiah sempena Aidilfitri itu juga didapati mengalami kebocoran dan menunggu masa untuk karam tetapi sempat diselamatkan oleh APMM. KOSMO
Saturday, August 20, 2011
Telah Tiba Masanya Untuk Berzakat
Salam buat semua
Thursday, August 18, 2011
Mentega DNA babi masih tidak diasing
KUALA LUMPUR - Walaupun pihak berkuasa meminta agar pengusaha pasar raya dan peruncit mengasingkan segera mentega mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi ke seksyen tidak halal, namun masih ada yang tidak peduli.
Tinjauan Kosmo! di beberapa pasar raya mendapati mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang disahkan tidak halal oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) Isnin lalu masih diletakkan bersama produk halal lain di pasar raya.
Sebuah pasar raya di Jalan Cheras di sini didapati seolah-olah tidak peka dengan arahan terbabit kerana mempamerkan produk itu bersama mentega halal lain.
Selain hanya mengasingkan produk itu beberapa sentimeter dari produk halal, tiada sebarang notis tidak halal ditampal pada bahagian mentega DNA babi terbabit.
Bagaimanapun, tinjauan di empat lagi pasar raya terkemuka di Ampang, Taman Midah, Jalan Peel dan Jalan Loke Yew di sini tidak menemui produk mentega babi yang dijual pada harga RM7.99 itu.
Kosmo! semalam melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta semua pengusaha pasar raya dan peruncit mengasingkan segera mentega terbabit ke dalam rak seksyen tidak halal.KOSMO
Monday, August 15, 2011
Jual martabak, kuih 10 biji RM1
ALOR SETAR – Kebiasaan- nya kuih-muih dijual pada harga RM1 untuk tiga biji manakala martabak pula dijual RM2 untuk satu keping di mana-mana bazar Ramadan di negeri ini.
Berbeza dengan bazar Ramadan di pekarangan Stadium Darulaman di sini, orang ramai sekitar bandar raya ini berpeluang menikmati pelbagai jenis kuihmuih seperti karipap, masalodeh, keria, buah melaka, cucur jagung dan cucur badak yang dijual pada harga RM1 untuk 10 biji.
Nurhayati Ahmad, 49, yang berniaga di bazar Ramadan itu sejak 10 tahun lalu berkata, dia menjual kuih-muih bersaiz mini pada harga RM1 untuk 10 biji sepertimana arwah ayahnya lakukan dahulu.
“Arwah ayah selalu berpesan, kalau nak berniaga perlu bagi orang puas hati, buat kuih mesti kena sedap dan jangan terlalu memikirkan keuntungan sahaja,” katanya kepada Bernama.
Nurhayati berkata, walaupun sekarang harga bahan mentah sudah naik, tetapi dia tetap mengekalkan harga RM1 itu walaupun keuntungan yang dia dapat tidak semewah dahulu.
“Saya rasa puas jika semua kuih yang saya jual itu habis dan mereka (pembeli) yang beli kuih saya akan datang lagi pada hari lain dan itu menunjukkan mereka puas hati dengan kuih yang saya jual,” kata Nurhayati yang dibantu oleh anak serta menantu. KOSMO
Saturday, August 13, 2011
Jom Pekena Nira Nipah
Salam semua rakan blogger..
Wednesday, August 10, 2011
Menu Hari Ini Cucur Cempedak
Salam buat semua..
Menu aku dan sekeluarga ialah cucur cempedak dan air minuman , air soya..
kadang kadang kita makan makan tempatan sahaja...
sekarang ni musim buah cempedak..aku pun beli buahnya dan minta isteri goreng je..
dulu masa buah cempedak banyak kami buat kering je..
apabila selepas luar musim buah ..baru kami goreng..best tau
Saturday, August 6, 2011
Wanita Pertama Kena Tangkap Tak Puasa Di P.Pinang
BUTTERWORTH: Seorang wanita dan dua yang lain telah ditangkap kerana tidak berpuasa dan makan di tempat awam secara terbuka pada bulan Ramadan.
Wanita tersebut seorang pekerja kilang memberi alasan 'datang bulan' kerana tidak berpuasa dan menjadi wanita pertama yang ditahan kerana tidak berpuasa di negeri ini tahun ini.
Bagaimanapun, wanita tersebut sebenarnya menipu dan akhirnya mengaku kepada pegawai-pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri bahawa dia sebenarnya tidak berpuasa kerana lapar.
Namun begitu, wanita tersebut dan yang lain ditangkap bukan kerana tidak berpuasa tetapi kerana makan di tempat awam pada bulan puasa.
Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan, Jaafar Ismail berkata, tiga orang yang ditahan itu didapati sedang makan di bawah Jambatan Pulau Pinang, Prai, pada lebih kurang jam 2.30 petang Sabtu.
“Walaupun mereka sedang menikmati makan tengah hari di bawah jambatan tetapi aksi mereka dengan mudah boleh dilihat oleh orang awam,” tegasnya.
Jaafar berkata, kakitangan penguatkuasa Jabatan Agama Islam sering kali membuat rondaan di bawah jambatan tersebut kerana ia telah menjadi lokasi popular untuk mereka yang tidak berpuasa makan di siang hari.
Katanya, ketiga-tiga mereka akan didakwa di bawah Seksyen 15 (b) Enakmen Jenayah Syariah yang boleh membawa kepada hukuman denda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.
Thursday, August 4, 2011
Hosni dibicarakan walaupun terbaring
KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak mula dibicarakan semalam di sebuah mahkamah di sini berhubung dakwaan beliau melakukan rasuah dan mengarahkan pembunuhan para penunjuk perasaan.
Namun, dia terbaring di atas sebuah katil hospital yang terdapat di dalam sebuah kurungan di mahkamah berkenaan kerana sakit.
Stesen-stesen televisyen Mesir turut menyiarkan imej beliau terbaring itu.
Hosni turut mengangkat kepala untuk melihat proses perbicaraan itu.
Dua anak lelakinya, Gamal dan Alaa yang turut dibicarakan bersamanya berdiri di tepi katil Hosni dan bercakap dengannya.
Hosni diterbangkan dengan menggunakan sebuah pesawat tentera dari sebuah resort peranginan di Sinai menuju ke ibu kota Mesir, di sini untuk dibicarakan.
Di pekarangan mahkamah itu, berlaku pergelutan antara ratusan penyokong dan penentang bekas presiden itu.
Kawalan keselamatan amat ketat di luar bilik mahkamah berkenaan.
Ratusan anggota polis cuba memisahkan kumpulan penunjuk perasaan yang bergaduh.
Kumpulan penunjuk perasaan yang menyokong Hosni dan yang menentangnya saling membaling botol dan batu ke arah satu sama lain.
Sebelum pergaduhan itu berlaku, sekitar 50 penyokong pemimpin berusia 83 tahun itu melaungkan slogan sambil memegang potretnya di luar lokasi perbicaraan.
Hosni tinggal di sebuah resort di Sharm El Sheikh sejak beliau meletakkan jawatan pada 11 Februari lalu.
Beliau kemudian ditahan di sebuah hospital kawasan peranginan itu sejak April lalu.
Doktor-doktor menyatakan Hosni mengalami masalah jantung.
Hosni yang memerintah Mesir selama 29 tahun dijangka dihadapkan di sebuah mahkamah berkenaan di dalam sebuah kandang bersama beberapa tertuduh lain termasuk dua anak lelakinya dan seorang bekas menteri dalam negeri.
Dakwaan-dakwaan tersebut boleh membawa hukuman gantung sampai mati. - Agensi
Tuesday, August 2, 2011
Berbuka Puasa Ala Kadar sahaja
Salam buat semua...
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Laluan ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di Kedah alami kesesakan luar biasa hari ini apabi...
-
(Kanan) Keadaan motorsikal dinaiki mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 95 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan. FOTO IHSAN Poli...
-
ANGGOTA bomba menguruskan mayat Gindek yang itu maut disambar buaya di Asajaya. FOTO Ihsan JBPM Kuching: Buaya mengganas lagi dengan terba...
-
SEBUAH bot dihantar untuk menyelamatkan isteri pelancong dari Arab Saudi. - Foto The Pattaya News BANGKOK – Seorang pelancong dari Arab Sa...
-
Salam buat semua.. Kalau cium betul-betul maka rosaklah remaja kita dewasa ini...huhu Ini adalah gara gara dari melihat aksi artis luar nega...