Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Wednesday, November 30, 2011

Cium betul atau main main nie..Apa Nak Jadi nie ?


Salam buat semua..

Kalau cium betul-betul maka rosaklah remaja kita dewasa ini...huhu
Ini adalah gara gara dari melihat aksi artis luar negara,,
Orang Barat tiada pegangan agama kita jangan jadi macam mereka ye...
No komen bro........

Tuesday, November 29, 2011

Syahrini Menangis Kerana David Beckham..Macam ni pun ada


David Bekcham dan Syahrini

JAKARTA: Pemain bolasepak popular dunia, David Beckham bukan sahaja diserbu di lapangan terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, di sini ketika berkunjung ke Indonesia baru-baru ini malah beliau turut diserbu peminat di hotel penginapannya di Ritz Carlton.

Malah ketika tiba di hotel tersebut, Beckham turut disambut oleh artis popular Indonesia, Syahrini.

Syahrini diberi kesempatan untuk mengalungkan rangkaian bunga di leher suami Victoria Beckham itu.

Menurut pengurusnya, Rendy, Syahrini tidak dapat menyembunyikan perasaan terharunya kerana dapat bertemu Beckham sehingga menitiskan air mata.

"Syahrini merupakan peminat setia sukan bolasepak dan dia selalu menyokong pasukan bolasepak Indonesia pada setiap perlawanan.

"Dia juga merupakan peminat David Beckham sejak dulu lagi," tuturnya.

Selain itu, Rendy memberitahu, kehadiran Syahrini adalah atas jemputan dan penghormatan daripada sebuah stesen televisyen Indonesia untuk menyambut kedatangan Beckham.

"Bulan lalu, mereka menghubungi saya untuk mempelawa Syahrini menyambut kedatangan Beckham di Hotel Ritz Cartlon dan ketika itu juga Syahrini terus bersetuju," katanya.

Monday, November 28, 2011

Fina kini trauma dengan lelaki..selepas nyaris di rogol


menunjukkan kesan kecederaan pada lengannya akibat diikat dengan wayar seterika.

KOTA BHARU – Seorang gadis yang hampir menjadi mangsa ke-20 perogol bersiri tidak menyangka penjenayah terbabit sudah menunggu untuk merogolnya ketika dia keluar dari bilik air dalam keadaan berkemban dengan kain batik di sebuah asrama pekerja di sini kelmarin.

Gadis berusia 20-an itu yang dikenali sebagai Fina menegaskan, dia berasa sangat terkejut kerana sebaik sahaja terserempak, penjenayah terbabit terus mengacu pisau di leher sambil mengikat tangannya dengan wayar seterika.

Lebih mencemaskan, gadis yang berasal dari Tumpat itu berkata, lelaki itu terus menarik dia ke arah biliknya yang terletak paling hujung di asrama berkenaan sambil berkata: “Diam-diam saya cuma nak cari budak nama Yati.’’

Keadaan asrama pekerja tempat dia tinggal ketika itu sangat sunyi kerana penghuni lain sudah pergi bekerja manakala jarak tandas dari biliknya kira-kira 30 meter.

“Selepas sampai ke bilik, dia suruh saya duduk atas tilam dan ikat tangan saya lebih kuat.

“Saya meronta dan bergelut dengannya sampai terbaring sehingga terlucut separuh kain batik,’’ katanya kepada Kosmo! ketika menceritakan semula kejadian yang menimpanya kelmarin.

Saturday, November 26, 2011

Selamat Manyambut Tahun Baru Hijrah 1433


Salam buat semua..

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433H untuk semua rakan Blogger...
Semoga Tahun Baru Hijrah Ni...buku amalan kita pada tahun lalu diterima dengan rekod yang baik oleh Allah.
Bermulanya tahun baru nie buku rekod amalan baru yang diterima bersih sepertimana bemula, begitu jua sebersih pada akhir tahun depan, dan kita mendapat keampunan dan keredaan dari Allah...Amin

Salam Maal Hijrah 1433H

Thursday, November 24, 2011

Wanita ketagih bibir tebal


KRISTINA dengan bibir asal (kiri) dan selepas mendapatkan 100 suntikan. Gambar kanan adalah watak kartun Jessica Rabbit.

ST PETERSBURG: Seorang wanita Kristina Rei yang tidak suka memiliki bibir nipis membelanjakan 4,000 pound (RM20,000) untuk suntikan bibir.

Bagaimanapun, dia masih tidak berpuas hati dengan suntikan itu. Wanita berusia 22 tahun itu percaya bibirnya kelihatan hodoh dan dia cemburu dengan bentuk bibir penuh yang dimiliki kakaknya.


Kristina yang juga seorang juruteknik kemudian melakukan 100 kali suntikan silikon bagi membolehkan dia memperoleh bibir yang tebal dan muncung.

Kristina yang mengagumi karakter kartun Jessica Rabbit berkata: “Saya rasa saya nampak hebat.


“Saya sukakan bibir tebal Jessica Rabbit. Pada pandangan saya, dia adalah wanita sempurna,” katanya.


Kristina yang mengakui ketagih dengan suntikan itu kini ingin bibir yang lebih muncung, telinga dan hidung yang runcing dan payu dara lebih besar.

Kristina berkata: “Ia membuatkan saya gembira. Kadangkala orang lain mengejek saya mempunyai bibir tebal tetapi saya tidak hiraukannya.


“Saya inginkan sesuatu yang ekstrim. Saya mahu kelihatan seperti karakter kartun. Saya sudah ketagih dan saya sukakannya. “Beberapa rakan memberitahu saya tidak patut menyuntik bibir menjadi lebih tebal dan besar tetapi saya belum berpuas hati.

“Saya belum memutuskan berapa besar yang saya inginkan, tetapi setakat ini, ia masih kecil,” katanya.


Sunday, November 20, 2011

Skuad Negara Naik Barracuda Ke Stadium Gelora Bung Karno



JAKARTA: Pasukan bola sepak Malaysia berkemungkinan akan menaiki kereta perisai Barracuda untuk ke Stadium Gelora Bung Karno pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA ke-26 Isnin, kata pengurus skuad negara, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Beliau berkata keselamatan pemain adalah lebih penting dan langkah menaiki kereta perisai tersebut bukanlah asing buat skuad itu.

"Malah kita harap PSSI (Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia) dan polis dapat berbincang bagi memudahkan pasukan kita pergi dan balik kerana esok, persekitaran stadium pastinya akan sesak dengan sekitar 100,000 penyokong mereka yang hadir ke stadium," katanya.

Mengulas mengenai perlawanan akhir yang akan bermula pada pukul 7 malam Isnin waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia), Hamidin berkeyakinan Malaysia mampu menundukkan tuan rumah di gelanggang mereka sendiri.

"Kita telah belajar dan mengambil pengalaman daripada perlawanan sebelumnya, bertemu Indonesia di peringkat Kumpulan A pada Khamis dan saya lihat pemain kita mempunyai semangat yang kental dan diharap mereka mampu pamerkan aksi yang terbaik dan mencipta kemenangan esok.

"Esok kita akan membuktikan bahawa Malaysia masih yang terbaik di Asia Tenggara," katanya.

Hamidin berkata Indonesia pastinya lebih tertekan pada final kerana pemainnya pasti mengharapkan kemenangan berganda di hadapan penyokong dan di tempat sendiri. - BERNAMA

Friday, November 18, 2011

Zarina Anjoulie: Saya yang menanggung dosa

Tak sepatutnya berkata sebegituye.....Kalau Anda Seorang Mulim


15 Nov – Aktres kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah tampak bersahaja saat diajukan isu gambar seksi di majalah FHM Indonesia edisi Oktober lalu, mengakui ia dilakukan atas pilihannya sendiri walaupun sedar akan mengundang kebencian daripada orang ramai.

Ditemui ketika majlis pelancaran filem terbarunya, "Khon Malay", Zarina memberitahu dia menjalani penggambaran fotografi dua bulan lalu di Singapura selepas pihak FHM Indonesia memberi tawaran sebanyak dua kali.

"Mereka pernah menawarkan saya untuk melakukan penggambaran fotografi ini sebanyak dua kali tetapi saya menolaknya sebelum ini kerana pakaian yang diberikan terlalu seksi seperti berbikini.

"Kali ini saya menerima tawaran mereka kerana pakaian yang diberikan lebih tertutup walaupun menyedari kutukan dan cacian yang bakal diterima," jelas Zarina yang pernah terlibat dengan gambar-gambar seksinya yang tersebar luas di internet sekitar tahun 2008.

"Terus-terang saya tidak peduli apa yang orang ingin katakan tentang diri saya. Jadi diri sendiri adalah pegangan hidup saya. Oleh itu kepada sesiapa yang ingin mengutuk atau membenci, saya tidak boleh berbuat apa-apa.

"Jika masyarakat ingin bercakap buruk tentang diri saya, ia terpulang kepada mereka kerana saya yang menanggung dosa," luah Zarina.

Nama aktres yang menempa populariti menerusi drama bersiri "Anak Pontianak" ini tidak pernah sunyi daripada terpalit sebarang kontroversi berbanding dengan kariernya.

Terbaru Zarina bakal membintangi filem aksi "Khon Malay" di samping pelakon utama, Faizal Hussein yang akan memulakan penggambaran penghujung November lalu.

Filem terbitan Northstar Acres Sdn. Bhd. ini mengisahkan kesungguhan seorang wanita yang ingin menjadi ahli sukan tinju yang berjaya.

Wednesday, November 16, 2011

Negara dilimpahi anak luar nikah..


152,182 anak luar nikah dalam 2 tahun
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 16, 2011
Senator Heng Seai Kie

KUALA LUMPUR - Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan Kementerian Pemba­ngunan Wanita, Ke­luarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.

Timbalan Menterinya, Heng Seai Kie berkata, dari pada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570).

Beliau berkata, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), telah menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan pendidikan kesihatan reproductive dan sosial.

“Program itu melibatkan 64,000 remaja mengenai pendidikan dan risiko yang terpaksa ditempuhi kerana tindakan mereka,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) pada sidang Dewan Rakyat, semalam.

Mohd Jidin ingin tahu jumlah anak luar nikah direkodkan sejak 2008, punca masalah dan inisiatif kementerian membendung gejala itu.

Seai Kie berkata, enam pusat remaja ditubuhkan untuk golongan sasar berumur antara 13 dan 24 tahun, bagi memberi maklumat berkaitan isu psikososial termasuk menyediakan khidmat kaunseling dan kemahiran hidup.

“Program outreach yang dilakukan di sekolah dan komuniti setempat itu berjaya mendekati 257,147 remaja, melalui 4,698 program dari November 2005 hingga September 2011,” katanya.

Timbalan Menteri Ke­sihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula memberitahu dewan bahawa 24,813 orang, dimasukkan ke hospital kerajaan kerana masalah berkaitan mental tahun lalu.

“Setakat ini, kita ada empat institusi mental di seluruh negara, 42 hospital kerajaan yang menyediakan perkhidmatan rawatan mental dan 124 pakar dalam bidang tersebut,” katanya kepada soalan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Pas-Pengkalan Chepa).

Rosnah berkata, usaha sedang dijalankan bagi meningkatkan kesedaran awam serta kepekaan masyarakat untuk mengenal pasti tanda-tanda awal dan mereka yang berpotensi mendapat rawatan awal. - Bernama

Tuesday, November 15, 2011

Boleh ka Guru Kerja 9 Jam sehari




Betul ke ada cadangan nak bagi guru keja sampai 9 jam...huhu..


kalau aku ..keja 8 jam pun pening.. ni tunggu sampai 9 jam


kesian kat cikgu ye....aku kesian pada kawan aku yang keja cikgu tu.. ini baru kajian kut


."Bagaimanapun, ini adalah tugas Kementerian Pelajaran untuk membuat kajian sepenuhnya agar semua pihak berpuas hati terhadap sebarang cadangan yang telah dikemukakan," katanya. Malaysiakini

Monday, November 14, 2011

Agih RM100: Kem Pelajaran dapatkan bantuan polis

Agih RM100: Kem Pelajaran dapatkan bantuan polis

Kementerian Pelajaran bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam proses pengeluaran dan pengagihan wang bantuan persekolahan RM100 kepada kira-kira 5.5 juta pelajar untuk menjamin keselamatan guru besar dan pengetua sekolah.

NONETimbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong berkata guru besar dan pengetua yang diiringi guru-guru penolong kanan berkemungkinan menjadi sasaran penjenayah dan atas faktor keselamatan adalah lebih elok jika mereka diiringi polis untuk mengeluarkan wang daripada bank sehingga mengagihkan wang bantuan persekolahan di sekolah.

"Kita tidak mahu apa-apa (kejadian tidak diingini) berlaku dan sebab itu kita melakukan langkah-langkah pencegahan," katanya pada satu sidang media selepas menghadiri Hari Keluarga Warga KPM 2011 yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di MAEPS di Serdang.

Khamis lalu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata wang bantuan persekolahan RM100 seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Belanjawan 2012 akan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing dengan serta-merta.

Wang bantuan itu yang akan diagihkan kepada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Lima dan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011. Bayaran bantuan kepada pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi persekolahan 2012 akan dibayar pada Januari tahun depan.

Wang bantuan persekolahan RM100 kepada ibu bapa, penjaga atau pelajar mula diagihkan pada minggu lalu.

azlanMerakamkan penghargaan kepada PDRM atas kerjasama yang diberikan, Wee menasihatkan pihak sekolah mematuhi semua aspek keselamatan termasuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri untuk membuat pengaturan bagi pengeluaran dan pengagihan wang itu.

"Yang penting, kita perlu melihat jadual dan pihak sekolah perlu berbincang dengan polis kerana kemungkinan banyak sekolah di sesebuah kawasan (perlukan bantuan). Maka, terserah kepada pihak sekolah berbincang dengan polis untuk mengatur waktu," katanya.

Mengenai cadangan sesetengah pihak agar wang bantuan persekolahan dimasukkan ke dalam akaun ibu bapa atau penjaga pelajar, Wee menjelaskan bahawa pengagihan terus adalah cara paling senang dan cepat dan kerajaan tidak mahu menyulitkan ibu bapa khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan bank.

Menerusi pemberian terus, beliau berkata ibu bapa atau penjaga juga tidak perlu membuka akaun baru untuk mendapatkan wang bantuan itu.

Wee berkata ibu bapa atau penjaga yang tidak mahu menerima wang bantuan persekolahan RM100 boleh mengisi borang menolak dan menyerah balik bantuan itu.

- Bernama


Friday, November 11, 2011

Setelah kenyang makan , Inilah hasilnya...


Gambar Di atas Rakyat somalia mati tak makan ....kesian ye...
Gambar Rentetan dari makan nasi kawah yang tak habis di buang
Sayang nasi dan daging kambing yang dibuang..inilah pembaziran ye
Sayang nasi yang sedap tadi dibuang begitu je...huhu


pak arab ...macam nilah perangainye...
selepas makan kenyang..perut buncit...makanan tak habis dibunag pulak ye...
huhu... sedangkan rakyat somalia,uganda mati kebuluran...

Wednesday, November 9, 2011

Satu Lagi Pembaziran Oleh Pak Arab.....

Berapa guni beras pun tak tahu ma...

Nasi Banyak..orangnya sikit..bila mau habis ma...
Tengok tu...bila hari mau habis da...

Masyallah...makan ke apa nie...berapa tan beras ..dimasak dan berapa ekor kambing disembelih ..pak arab ni masak...lepas nie..apabila tak habis..makanan ini dibuang pulak ye..
selepas ni kita lihat makanan dibuang pulak ye....

Tuesday, November 8, 2011

Makan atau Melantak ka nie ?




salam buat semua..
Semasa rakyat Somalia mati dalam kebuluran..
Pak arab sedang makan dengan begitu rakus..dengan makanan yang kazat dan terlampau banyak..sehinggakan tidak habis dimakan.
Pak arab ni tiada sikap keperihatinan terhadap jiranya yang susah dan kebuluran..
Kita pun apa kurangnya...makan sekadar untuk kenyang sudah la..
Kalau ada masak lebih beri sama pada jiran ye...

Saturday, November 5, 2011

Salam Eidul Adha Buat Semua..Rakan Blogger


Salam Eidul Adha Buat Semua..Rakan Blogger
Dan selamat menjalani ibadah qurban...
semoga sambutan Eidul Adha tahun ini menambah ketaqwaan kita ..kepada Allah..
Sambutlah Eidul Adha dengan kesederhanaan..
Kunjung mengunjung...amalan mulia..serta melibatkan diri kita..dalam Ibadah Qurban..
Takbir..Allah hu akhbar, Allah hu akhbar, Allah hu akhbar, ..walillah hil hamd

Friday, November 4, 2011

Polis haramkan Seksualiti Merdeka..Macam ni la..


Timbalan Ketua inspektor-polis Khalid Abu Bakar telah mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti penganjur 'Seksualiti Merdeka' yang dijadualkan pada 9 hingga 13 November ini. Bercakap dalam satu sidang akhbar di Sungai Besi hari ini, Khalid berkata polis tidak akan teragak-agak untuk menahan mereka yang menyertainya.

Katanya, pihak polis bertanggungjawab untuk mengekalkan ketenteraman awam.

Khalid berkata, apabila terdapat ancaman kepada ketenteraman awam, maka pihak polis perlu mengambil sewajarnya.

Arahan itu tersebut datang dari pihak polis sendiri, tambah Khalid. Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat yang terdiri daripada pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina. Ia dianjurkan oleh sekumpulan gabungan longgar NGO, artis, aktivis dan individu sejak 2008. Program festival itu, termasuk forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan. Ia dijangka dirasmikan oleh Ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Khalid berkata polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat dalam penganjuran rogram itu termasuk Ambiga untuk dirakam keterangan mereka.

"Polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 27 A (1) (C) dan juga 298 A kta Polis untuk menghalang sebarang penganjuran majlis itu," katanya.

Beliau berkata undang-undang di negara ini tidak mengiktiraf kegiatan ongsang yang boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini.

"Polis menerima banyak bantahan dari pihak Badan Bukan Kerajaan termasuk badan Agama Islam dan bukan Islam yang bimbang majlis ini akan menimbulkan suasana tidak harmoni, perasaan permusuhan serta mengganggu ketenteraman awam," katanya.

Khalid berkata dua laporan polis telah diterima setakat ini yang meminta polis mengambil tindakan terhadap penganjur kerana cuba menganjurkan program yang menganggu gugat ketenteraman awam. "Berdasarkan laporan itu dan hasil siasatan, kita akan panggil mereka untuk nasihat. Mula-mula nasihat supaya jangan teruskan. Kalau masih berdegil, kita tidak teragak-agak untuk tahan mereka (penganjur) termasuk mereka yang menyertainya," katanya. Bagi mengelak suasana tidak diingini berlaku, beliau berkata polis meminta orang awam supaya tidak menyertai program itu kerana ia boleh mengganggu ketenteraman awam. "Mulai hari ini, kita akan hentikan apa sahaja event yang dilakukan penganjur dan saya juga nasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri apa-apa program anjuran penganjur.

Wednesday, November 2, 2011

Bob Lokman Sedia Ditangkap Akui Berada Di Pihak Benar


Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ..Mstar..

PETALING JAYA: Bekas Pelakon dan penulis lirik terkenal Bob Lokman sedia dirinya ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada bila-bila masa kerana berpendapat dirinya berada di pihak yang benar ketika memberi ceramah agama di sebuah masjid bulan lalu.

Jais pada Selasa mengumumkan bahawa waran tangkap ke atas Bob Lokman telahpun dikeluarkan Jumaat lalu kerana gagal hadir memberi keterangan sepertimana yang diarahkan berhubung ceramahnya tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu.

“Jika mereka hendak tangkap saya, silakan kerana saya akur dengan keputusan mereka yang menganggap saya bersalah.

“Sedangkan saya hanya memberi dakwah tentang apa yang saya fikirkan dan menjelaskan (kepada pendengar ceramah) mengapa saya perlu dekatkan diri dengan cara hidup seperti hari ini yang lebih menjurus kepada akidah dan tauhid,” katanya ketika dihubungimStar Online, Rabu.

Lantaran itu, dia menolak dakwaan yang mengatakan dia menyampaikan dakwah di masjid untuk mempengaruhi perkembangan politik semasa.

“Saya tidak mencampurkan urusan politik di dalam masjid kerana saya hanya menyampaikan dakwah.

“Ini bersandarkan kepercayaan saya bahawa orang Islam tahu perkara yang nyata dan benar dalam masjid. Selagi tidak bualkan tentang perkara yang buruk, saya berada di pihak yang benar.

“Saya lakukan ini berlandaskan agama dan kebenaran,” katanya yang kini bekerja sebagai pendakwah dan berniaga barangan ibadat.

Bob kini sedang disiasat di bawah seksyen di bawah Seksyen 119 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor, iaitu menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Orang Kampung