Nuffnang

Friday, November 18, 2011

Zarina Anjoulie: Saya yang menanggung dosa

Tak sepatutnya berkata sebegituye.....Kalau Anda Seorang Mulim


15 Nov – Aktres kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah tampak bersahaja saat diajukan isu gambar seksi di majalah FHM Indonesia edisi Oktober lalu, mengakui ia dilakukan atas pilihannya sendiri walaupun sedar akan mengundang kebencian daripada orang ramai.

Ditemui ketika majlis pelancaran filem terbarunya, "Khon Malay", Zarina memberitahu dia menjalani penggambaran fotografi dua bulan lalu di Singapura selepas pihak FHM Indonesia memberi tawaran sebanyak dua kali.

"Mereka pernah menawarkan saya untuk melakukan penggambaran fotografi ini sebanyak dua kali tetapi saya menolaknya sebelum ini kerana pakaian yang diberikan terlalu seksi seperti berbikini.

"Kali ini saya menerima tawaran mereka kerana pakaian yang diberikan lebih tertutup walaupun menyedari kutukan dan cacian yang bakal diterima," jelas Zarina yang pernah terlibat dengan gambar-gambar seksinya yang tersebar luas di internet sekitar tahun 2008.

"Terus-terang saya tidak peduli apa yang orang ingin katakan tentang diri saya. Jadi diri sendiri adalah pegangan hidup saya. Oleh itu kepada sesiapa yang ingin mengutuk atau membenci, saya tidak boleh berbuat apa-apa.

"Jika masyarakat ingin bercakap buruk tentang diri saya, ia terpulang kepada mereka kerana saya yang menanggung dosa," luah Zarina.

Nama aktres yang menempa populariti menerusi drama bersiri "Anak Pontianak" ini tidak pernah sunyi daripada terpalit sebarang kontroversi berbanding dengan kariernya.

Terbaru Zarina bakal membintangi filem aksi "Khon Malay" di samping pelakon utama, Faizal Hussein yang akan memulakan penggambaran penghujung November lalu.

Filem terbitan Northstar Acres Sdn. Bhd. ini mengisahkan kesungguhan seorang wanita yang ingin menjadi ahli sukan tinju yang berjaya.

16 comments:

Penulis Rindu said...

bercakap biar berlapik

mysha said...

aDoiii... dia cakap baju nih lebih terTutup?? hurM tertutup nyer la hai.. huhuhu

mekaceh yer jenguk blog saye...

umiawadah said...

wah dosa yang disebut tu macam ringan je kan.....pedih azab Allah di sana nanti...siapa nak tolong?

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

adeh la . macam macam sngguh

Penulis Rindu said...

semoga kita dapat tegur dia

Captain said...

Salam,

Nak buat bini mcm mana pompuan mcm ni! Habis semua geng dah tgk nenen dia yg terdedah..

MasyaAllah, Istghfirullah....

GojesYoja said...

nauzubillah min zalik

a loqman said...

huhu..itulah terlampau nak mencari nama ...

Unknown said...

teruknya.. abu luqman sy ada tag awk.. meh la tgk..

ad_dimasyqi said...

Dia bukan jadi sendiri, tapi ikut syaitan. Asal usul diri kita adalah fitrah yg sukakan kebenaran.

a loqman said...

terima kasih di atas komen anda

alongxp said...

seriusly aku tgk kat tv die ckp mlm td, menyampah gile... gile belagak...

Norgadis Labuan said...

Org Malaysiakah tu, nampak sangat saya ni tak ikut perkembangan artis huhuhu...

a loqman said...

Orang Malaysiala...dia ni dulu berlakun gambar anak pontianak

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

macam macam lah .

Anonymous said...

suka first line.
tepat sangat.kecewa jugak coz dia tanpa rasa bersalah pun..hemm..kecewa sedara islam macam ni.hanya mampu doa je la

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung