Nuffnang

Sunday, November 20, 2011

Skuad Negara Naik Barracuda Ke Stadium Gelora Bung Karno



JAKARTA: Pasukan bola sepak Malaysia berkemungkinan akan menaiki kereta perisai Barracuda untuk ke Stadium Gelora Bung Karno pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA ke-26 Isnin, kata pengurus skuad negara, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Beliau berkata keselamatan pemain adalah lebih penting dan langkah menaiki kereta perisai tersebut bukanlah asing buat skuad itu.

"Malah kita harap PSSI (Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia) dan polis dapat berbincang bagi memudahkan pasukan kita pergi dan balik kerana esok, persekitaran stadium pastinya akan sesak dengan sekitar 100,000 penyokong mereka yang hadir ke stadium," katanya.

Mengulas mengenai perlawanan akhir yang akan bermula pada pukul 7 malam Isnin waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia), Hamidin berkeyakinan Malaysia mampu menundukkan tuan rumah di gelanggang mereka sendiri.

"Kita telah belajar dan mengambil pengalaman daripada perlawanan sebelumnya, bertemu Indonesia di peringkat Kumpulan A pada Khamis dan saya lihat pemain kita mempunyai semangat yang kental dan diharap mereka mampu pamerkan aksi yang terbaik dan mencipta kemenangan esok.

"Esok kita akan membuktikan bahawa Malaysia masih yang terbaik di Asia Tenggara," katanya.

Hamidin berkata Indonesia pastinya lebih tertekan pada final kerana pemainnya pasti mengharapkan kemenangan berganda di hadapan penyokong dan di tempat sendiri. - BERNAMA

10 comments:

Penulis Rindu said...

ha..dahsyat ..penyokong indon ye

shahrazali said...

kesian pasukan Malaysia... mudah-mudahan emas menjadi milik negara kita..

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

gudluck malaysia .

a loqman said...

syabas Malaysia

thomas said...

nak pergi perang ke?

Seri Bahasa said...

nak simpan mana maruah tuan rumah jika penyokong sendiri tak boleh kawal...langkah paling baik ialah memboikot mana2 acara yang melibatkan permainan di indonesia.

Hiddy Asri said...

Naik Baracudapn naiklah..janji harimau muda berjaya

Penulis Rindu said...

terima kasih semua ye

chegu abbas said...

mampoih gak..///

a loqman said...

nak menang depa buat macam macam ye

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung