Nuffnang

Tuesday, January 24, 2012

SPRM...Siasat Pemain Bola Sepak Perlis..



LIGA M musim ini baru memasuki tiga perlawanan tapi gejala rasuah sudah dikesan menyelinap dalam dunia bola sepak tempatan apabila seorang pemain Perlis dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan terhadap dakwaan menjual perlawanan membabitkan pasukan negeri itu.

Sumber dalaman Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) memberitahu pemain muda berusia 20-an, ditawarkan kontrak beraksi bagi musim ini, dipanggil memberikan keterangan Sabtu lalu, selepas didakwa mempunyai maklumat mengenai perlawanan yang menyaksikan skuad Singa Utara tumpas 2-7 kepada Majlis Perbandaran (MP) Muar dalam saingan pertama Liga Perdana, Isnin lalu.

Dipercayai, setakat ini, hanya pemain itu dipanggil SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkenaan sekali gus menjadi pemain pertama dikaitkan dengan dakwaan rasuah untuk musim ini.

“Pemain itu kemudian dibenar pulang pada hari sama selepas selesai memberi keterangan dan tidak ditahan SPRM,” kata sumber itu yang enggan dinamakan sambil memberitahu pengurusan PFA memang tidak menafikan kemungkinan wujudnya elemen negatif itu.


Penolong Pengurus, Hamunir Hamzah bagaimanapun berkata, setakat ini pengurusan pasukan negeri tidak mempunyai cukup bukti untuk menuduh atau mengaitkan mana-mana pihak dengan kewujudan gejala negatif yang menyaksikan kekalahan ‘memalukan’ skuad Singa Utara itu.

4 comments:

Jumir said...

Br nk suke bolasepak Msia...jgn la rasuah2...

Beckhrooy said...

Mutu bola sepak negara tengah mula maju sedikit demi sedikit, jgn cemarkan dengan rasuah

♥ Nana BamBam ♥ said...

menjejeaskan imej bola sepak negara saje..ishh..

Seri Bahasa said...

ikan bilis cepat2 mereka nak goreng sangan...ikan besar susah kot dapat minyak masak...

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung