Nuffnang

Friday, February 17, 2012

Valentine: Nazri Aziz perlekeh kesucian agama Islam, kata Nasrudin



Oleh Syed Mu’az Syed Putra..malaysian Insider
KUALA LUMPUR, 15 Feb — Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan menyifatkan Datuk Seri Nazri Aziz memperlekehkan kesucian agama Islam kerana mempersoalkan pengharaman sambutan Hari Kekasih di kalangan penganut agama itu.

“Itu menunjukkan betapa dangkalnya beliau (Nazri), beliau juga telah memperlekehkan kesucian agama Islam kerana mendorong umat Islam melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam,” kata Nasrudin (gambar) kepada The Malaysian Insider.

Tegas beliau, Nazri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, perlu menarik balik kenyataan itu dan meminta maaf kepada umat Islam di negara ini.
“Kalau beliau seorang yang bertanggungjawab saya nasihatkan beliau agar tidak membuka ruang untuk umat Islam melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam dan rujuk perkara ini kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.
“Saya minta beliau tarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam,” katanya.

Semalam Nazri berkata, orang Islam seharusnya dibenarkan untuk menyambut Hari Kekasih.
“Kenapa tidak boleh disambut? Saya tidak bersetuju ... ia bukannya satu bentuk sembahyang,” katanya.

Menteri berkaitan undang-undang ini turut mengulas kenyataan menteri berkaitan Islam Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata pihak berkuasa agama Islam akan melancarkan kempen besar-besaran seluruh negara bagi mencegah umat Islam menyambut Hari Kekasih semalam.

Beliau turut mengkritik PAS kerana melaksanakan kempen menetang Hari Kekasih, dan menambah usaha seperti itu adalah “mengarut”.

Pada Jumaat lalu, Khutbah Jumaat turut melarang umat Islam meyambut sambutan Hari Kekasih kerana Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menyatakannya bertentangan dengan ajaran Islam...Malaysian Insider

14 comments:

Penulis Rindu said...

kalau tak suka parti tu..janganlah kutuk Islam

Anonymous said...

hurm,, macam2.. begitulah jika semua benda pun nak dipolitikkan.. dah jadi cam jahil agama pun ada...

sugar2 kapas strawberry said...

untuk nazri aziz,ini bukan soal politik nak dicampur aduk sekali dgn agama.yg haram tetap haram.sedih ustaz ustazah kamu yang mengajar masa sekolah dulu kalau tahu kamu buat kenyataan camni.mmg ianya bukan sembahyang.soal haram tu bukan letaknya pada sembahyang sahaja.tolong sensitif sedikit issue macamni.kalau kita sambut valentine samalah macam kita sambut christmas tuh.entahlaaaaaaa...aku yang muda ni pun tahu bnda2 cmni.

Penulis Rindu said...

tq 4 de coment

Mimie said...

haram tak akan mnjadi halal..

mila said...

agama pon nak dipolitikkan.. bahaya btl.kalo dh org besar ckp mcm tu..habis lah negara Malaysia ni..ckp negara Islam..tp pemimpin langsung xmengamalkan ajaran Islam...

dak os said...

emm betul tu. cakap main lepas je kan.. huhu

http://dak-os.blogspot.com

Sari said...

hancur dapat pemimpin mcm ni....

http://aiyangdisayang.blogspot.com/2012/02/mampukah-kalian-menahan-airmata-dari.html

tehr said...

wah, aku baru je tahu berita ni
rasanya dah tak kena sangat ni

a loqman said...

mAKASIH SEMUA YE

sud@is said...

kurang sedar lg tuh...

ctpayong said...

kita doakan supaya dia mendapat hidayah dari Allah.

caliph shuriken said...

klau btul pemimpin tsebut kuar kenyataan ni, abis lingkup muda mudi negara kita...

umiawadah said...

ceritanya macam tahu tapi buat-buat tak tahu...saja mencari kontroversi ...orang yang lebih muda dari dia pun boleh fikir....ye lah kita doakan saja agar dia mendapat hidayah dari Allah...

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung