Nuffnang

Saturday, March 3, 2012

Rugi RM12,000 nak buang sial


AMPANG: Seorang warga emas berputih mata selepas kerugian hampir RM12,000 akibat percaya kepada seorang tukang tilik yang kononnya mampu membuang sial dari tubuhnya.

Difahamkan, ketika wanita berusia 76 tahun itu berjalan berseorangan untuk ke sebuah klinik di Bandar Baru Ampang, di sini, pagi kelmarin, dia dihampiri tiga wanita tidak dikenali.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 8 pagi itu, tiga wanita terbabit menghampiri mangsa dan seorang daripada mereka yang menyamar tukang tilik mendakwa tubuh mangsa membawa sial dan perlu berubat segera bagi membuangnya.

“Mangsa yang terkejut dengan dakwaan itu bersetuju untuk berubat dengan wanita terbabit. Namun, dia dikenakan syarat supaya membuat bayaran terlebih dulu.

“Mangsa yang tidak membawa wang tunai kemudian ditemani wanita terbabit pergi ke sebuah bank berhampiran untuk mengeluarkan wang RM12,000.

“Sebaik menyerahkan wang itu, seorang daripada wanita terbabit memberikan sebungkus plastik berwarna hitam kepada mangsa. Mereka memberitahu mangsa supaya tidak membuka plastik itu dalam tempoh tujuh hari,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian pulang ke rumahnya.

Sebaik tiba di rumah, anak perempuan mangsa yang melihat bungkusan plastik berkenaan membuka ikatan plastik itu dan hairan mendapati kandungannya adalah sebotol air mineral dan garam.

Sumber berkata, anak perempuannya itu mendapatkan penjelasan mangsa berhubung bungkusan plastik berkenaan dan percaya mangsa ditipu ketiga-tiga wanita terbabit.

Katanya, mangsa dibawa ke balai polis berhampiran membuat laporan kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan. HMETRO

10 comments:

umiawadah said...

siapalah mangsa yang tak bernasib baik tu...hmmm..tak dapek nak nolong..

Diari Si Froggie said...

dengar je pun tak percaya.. hish2

cikorked said...

mudah sngt prcya...ish3

Anonymous said...

mengong la ..nape la caya sangat..kan dah rugi :(

Nuff4u said...

jangan mudah caya kat orang tau

a loqman said...

masih lagi dok percaya la tu

infoklasik said...

sebab terlalu percayakan benda-benda karut akhirnya diri sendiri yang merana. Sila ambil iktibar daripada kejadian tersebut supaya kita lebih berhati-hati dan berwaspada selalu.

Unknown said...

penipu ada dimana2 :(

hudamcgyver said...

kena pukau kot..

Penulis Rindu said...

la macam macam punya tipu

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung