Nuffnang

Friday, May 11, 2012

Fulamak.. apa dah jadi nie !!! Restoran guna sos babi diserbu..



SEORANG penguat kuasa JAIS melihat menu makanan yang dijual di sebuah restoran menggunakan logo halal swasta di Kuching semalam.



KUCHING – Sebuah premis makanan di pusat beli-belah The Hills di sini diserbu Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) kerana menggunakan logo halal tidak sah yang dikeluarkan pihak swasta.
Premis makanan itu juga didapati menggunakan sos tomato yang disahkan tidak halal selepas ujian oleh Jabatan Kimia sebelum ini mendapati ia mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Kuala Lumpur, Azizan Shaari berkata, pemeriksaan dilakukan selepas mendapat maklumat daripada orang awam yang meragui logo halal di premis terbabit.
“Justeru, kita telah memberi amaran kepada pengusaha restoran itu dan memberi peluang untuk mereka memohon logo halal yang sah dikeluarkan oleh Jakim atau JAIS.
“Jika pemeriksaan seterusnya mendapati mereka masih menggunakan logo yang sama, tindakan akan diambil mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan denda RM200,000 bagi kesalahan pertama manakala RM500,000 untuk kesalahan kedua,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

5 comments:

Penulis Rindu said...

jabatn agama kena cargas nie

Anonymous said...

baguslah. org Melayu yg ramai pergi sini, especially kat The Spring, Kuching. The Hills tu takyah ckp la, rasa hebat, rasa UP, rasa stylo makan kat situ. best lah lepas ni, dpt ler kiterang makan kat situ sebab Kim Bay tak sesak/penuh lagi haahahhahaah.. oh by the way, I'm not a Muslim. dan kalau pergi Kim Bay tiap2 hari sekalipun I won't check in kat Foursquare dan update status kat FB like some bitches yang tak reti nak masak kat rumah, asyik2 Kim Bay, sikit2 Kim Bay. Served u right biyatches! Sorry, ter emo sikit kat sini.

Penulis Rindu said...

tq satu..pendedahan yang bagus

Mat Indera Sipejuang said...

Kakitangan Jabatan Agama Islam kena lebih bertanggungjawap dalam tugas... kena adakan rondaan... bunyinya macam lawak ... tapi itu lah hakikatnya... mereka tak boleh duduk pejabat goyang telor dan tunggu report dari orang ramai... kalau kakitangan tak cukup jadi alasan... tambah lagi kakitangan... duit orang islam dari berbagai sumber banyak... jangan buat duit-duit tersebut macam harta pusaka bapak dia orang punya... ok.

Penulis Rindu said...

betul tu..depa tunggu arahan je

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung