Nuffnang

Sunday, May 13, 2012

Fuyoo..Terminum darah..Sendiri..


Gambar Hiasan

SEREMBAN: “Sebaik terjaga dari tidur, saya tersentak dan berasa seolah-olah terminum darah sendiri sebaik melihat ia memenuhi tudung,” kata Nurfarahim Abdullah, 21, mangsa kemalangan membabitkan dua bas dan sebuah treler di Kilometer 258.8 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran Plaza Tol Port Dickson, di sini, awal pagi semalam.
Perjalanan lebih 80 peserta rombongan yang selesai menghadiri Majlis Perhimpunan Ulang Tahun Umno ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur bertukar tragedi dua bas mereka kemalangan menyebabkan seorang penumpang warga emas maut manakala 77 lagi cedera.

Difahamkan, dalam kejadian jam 2.58 pagi, kedua-dua bas membawa rombongan dari Terengganu dan Johor menuju ke Melaka dan Batu Pahat.
Sejurus tiba di lokasi kejadian, bas membawa peserta dari Terengganu dikatakan hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah treler sebelum dirempuh pula bas membawa peserta dari Johor dari arah belakang.

Kejadian itu menyebabkan wanita warga emas, Roa Dol, 79, dari Batu Pahat, Johor, dipercayai tercampak keluar manakala 77 lagi penumpang, rata-ratanya wanita, termasuk pemandu bas, cedera.

Roa yang dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) disahkan meninggal dunia lebih dua jam kemudian di hospital terbabit.
Menurut Nurfarahim dari Kampung Langgor, Hulu Terengganu yang juga anggota rombongan dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang, Terengganu itu, mereka dalam perjalanan ke Bukit Katil, Melaka selepas menghadiri sambutan berkenaan.

“Ketika kejadian, semua peserta rombongan lena tidur dan sejurus mendengar dentuman kuat, ramai penumpang dilihat meraung kesakitan,” katanya.am@hmetro.com.my

1 comment:

نورعيم said...

erkkk macam mane rasa darah tu ye? hikhik.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung