Gambar Hiasan Google
KUALA LUMPUR: Tidak berpuas hati dengan bekas rakan sekerja, seorang wanita berusia 20-an membawa geng sebelum menyerang dan memukul mangsa yang bekerja di sebuah kedai serbaneka di Bukit Jalil, di sini, kelmarin.
Difahamkan, mangsa berusia 20 tahun diserang sekumpulan lelaki kerana dia berselisih faham dengan wanita itu mengenai masalah di tempat kerja.
Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa cedera di kepala dan badan.
Menurut sumber, mangsa yang bekerja sendirian di kedai berkenaan dihampiri empat lelaki bersama bekas rakan sekerjanya itu.
“Sebaik masuk, empat lelaki itu memukul mangsa. Mangsa mendakwa ditampar, ditumbuk dan diterajang kumpulan terbabit,” katanya.
Sumber berkata, kumpulan terbabit meninggalkan kedai itu selepas melihat mangsa terjatuh di lantai dan berada dalam keadaan lemah.
“Mangsa menghubungi majikannya sebelum dibawa ke klinik berhampiran kawasan berkenaan,” katanya.
Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini.
Dalam laporannya, mangsa mendakwa mengenali seorang daripada mereka yang memukulnya.
Katanya, mangsa mengesyaki wanita itu tidak berpuas hati atau berdendam dengannya selepas berselisih faham ketika bekerja bersama beberapa bulan lalu sehingga membawa rakan menyerangnya. Hmetro
Apa dah jadi nie..wanita pun nak jadi gangster..tak ngam balun je..huhu
9 comments:
fuyooo..memang dahsyat
Dahsyat yang amat sangat...
Sekadar berkongsi pada semua blogger pembakar semangat BuktiPembayaran Bukan Tipu
Cinta itu buta Cinta atau Wang Ringgit
Tempat tempat yang haram harus dijauhi Menjauhi tempat-tempat haram
Thanks....Huge mimi
guna kekerasan bukan caranya settlekan masalah kan?
gengster malaya..ish2..
bila manusia dah hilang pertimbangan..
huhu hampa jangan jadi ganster
nanti mimi bantu sikit.....untuk apply innity tu
hurmm , bese lah sekarang. sumer nak tunjuk lagak masing2. sumer nak tunjuk hebat
don't play2,body guard dia kot?
Post a Comment