Nuffnang

Monday, May 7, 2012

Kejam..Kerana Kekasih Gelap..Isteri di Belasah


Gambar Google

KUALA LUMPUR: Dayus dan kejam. Itu gambaran paling sesuai untuk seorang lelaki yang mencekik, menendang dan memijak perut isterinya selepas mangsa tidak membenarkan suaminya masuk ke rumah bersama kekasih gelapnya, kelmarin.


Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam di rumah pasangan itu di Pantai Dalam, di sini dan mangsa yang mahu dikenali sebagai Tasya, 42, berkata suaminya pulang ke rumah ketika dia lena tidur.

Menurutnya, suaminya yang berusia 50-an mengetuk pintu dengan kuat sebelum menendangnya hingga pecah.


“Saya lewat buka pintu kerana saya sedang tidur. Sebaik tersedar selepas terdengar bunyi bising pintu rumah ditendang hingga pecah, saya terkejut kerana suami balik ke rumah dengan seorang wanita berusia 20-an,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam. Tasya berkata, apabila saya menyoal, dia menyatakan wanita itu adalah teman wanitanya dan menyuruh dia keluar dari rumah bagi membolehkan mereka bermadu kasih di dalam rumah.

“Apabila saya enggan menuruti arahannya, dia mencekik saya, menolak saya ke bawah sebelum mula menendang dan memijak perut saya,” katanya.


Tasya cuba mempertahankan dirinya namun dengan pertolongan teman wanitanya itu, suami membelasahnya dengan teruk sebelum mengambil pisau untuk membunuhnya, namun, dia berjaya melarikan diri sebelum membuat laporan polis. 



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

11 comments:

belogkiter said...

manusia semakin kejam.. sedih baca cerita macam ni.. nasib perempuan memang semakin tak terbela... lelaki jadi bermaharajalela dengan perangai seperti binatang

Ckin Kembaq said...

Allahuakbar...dulu amik bagai nak rak, sekarang buang mcm tu je..hmm

Unknown said...

marah sunggoh tu

Penulis Rindu said...

kesian pada isteri dia kan

Penulis Rindu said...
This comment has been removed by the author.
syiela said...

kejam sangat.. kesian kat isteri dia

opahcyber said...

apa nk jadi dgn zaman skrg ni kan..

Penulis Rindu said...

itulah suami yang tidak beriman

IAMSERI said...

org laki zmn skrg menakutkan *sigh*

mimi said...

Diberikan akal untuk berfikir.....
Diberikan hati untuk measai...
MENGAPA terjadi begitu..?

Penulis Rindu said...

wat macam mana ye..orang tak berfikir kan

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung