Gambar Google
KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki bertindak di luar batasan apabila tergamak membakar rumah keluarganya di Kampung Gong Kijang, di sini, kira-kira jam 3.25 petang semalam, selepas permintaannya untuk mendapatkan wang tidak dilayan bapanya.
Difahamkan, suspek berusia 22 tahun itu membakar rumah menggunakan minyak petrol yang baru dibeli sebaik mengambil RM10 daripada bekas wang simpanan hasil jualan minuman ringan keluarganya selepas gagal mendapatkan wang yang diminta.
Suspek dikatakan merajuk berikutan ditinggalkan ibunya yang ke Johor Bahru, kelmarin, kerana tidak tahan dengan kerenahnya yang sering meminta wang.
Bapa suspek, Wan Muhammad Wan Sulaiman, 45, berkata ketika kejadian dia sedang memberi lembu ternakannya makan di belakang rumah sebelum terkejut apabila melihat asap keluar dari dalam kediamannya sebelum api marak.
Bapa suspek, Wan Muhammad Wan Sulaiman, 45, berkata ketika kejadian dia sedang memberi lembu ternakannya makan di belakang rumah sebelum terkejut apabila melihat asap keluar dari dalam kediamannya sebelum api marak.
Katanya, dia cuba masuk ke dalam rumah, namun gagal menyelamatkan barangan dan dokumen penting kerana api marak dengan cepat sehingga memusnahkan rumah yang didiaminya sejak 20 tahun lalu.
8 comments:
semoga allah bagi hidayah kepadanya
akhir zaman ibu melahirkan tuan. mcm tu la jdinya. kdg2 bila jdi mcm ni sebab dadah..tpi laki ni waras ka tak?
Bila Nafsu mengusai akal..perbuatan sudah tiada kewarasan...
apa dah jadi ni.
subhanallah..kejamnyer..
"Binatang pun pandai berkasih sayang. Manusia?".
inilah dunia akhir zaman
Kesian. Semoga hidayah Allah sampai kepadanya
astagfirullah...ade jugak.
Post a Comment