PERKASA bakar baju BERSIH di P Pinang
Kumpulan pendesak Melayu PERKASA Pulau Pinang hari ini membakar 10 helai kemeja-T berwarna kuning, yang didakwa dipakai peserta perhimpunan BERSIH 3.0 yang telah insaf.
Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata beliau menerima bungkusan mengandungi baju itu berserta sepucuk surat, yang mana penulisnya meluahkan rasa kesal menyertai perhimpunan itu, lapor Bernama.
Bercakap kepada pemberita di George Town, Mohd Rizuad, berkata penulis itu yang tidak mahu namanya disiarkan meminta PERKASA membakar baju itu atas dakwaan berlaku penyelewengan agihan wang imbuhan untuk peserta BERSIH.
Agensi berita nasional itu juga melaporkan, kumpulan 20 anggota PERKASA itu membakar kemeja-T berkenaan di hadapan Kompleks Tun Abdul Razak selepas solat Jumaat.
Sementara itu, menurut wartawan Malaysiakini di tempat kejadian, Mohd Rizuan bertembung kumpulan NGO pro-Pakatan Rakyat JINGGA 13 yang menyelar perbuatan itu dan meminta aktiviti ganas dihentikan.
Jurucapap JINGGA 13 Mohammad Ikhwan Nasser menyifatkan tindakan kumpulan Mohd Rizuan sebagai "politik samseng".
Mohammad Ikhwan menasihatkan kumpulan lawannya itu supaya tidak berlagak seperti "samseng" kerana kedua-dua pihak itu berbangsa Melayu. Sisunting oleh...Abuluqmans www.kachipemas.blogspot.com dari Malaysaikini
Di sunti

7 comments:
betui bro bakar pi la..kami masih power tau
xde muka lain ke selain muka mamak(buka semua) yg sokong Bulshit Negara, Pukida dan setarafnya
sendiri pos...sendiri baca..sendiri bakaq.....lawak antarabangsa
hehe..pERKASA ni memang lawak tau..
kah kah kah... lawak dari thamby penang....
Sekadar simbolik
Ini lah simbolik kpd kualiti penyokong Umno ...
Post a Comment