Nuffnang

Monday, May 14, 2012

Terhot !!!! Adegan ranjang Rusdi, Nora..pasti meletup ?

PROFESIONAL. Rusdi dan Nora mengakui melakonkan babak ranjang kerana mengikut kehendak skrip filem Mencari Cinta
FILEM berjudul Mencari Cinta yang diarahkan oleh Shirin Khuzaimi buat pertama kalinya telah menggandingkan dua orang pelakon popular iaitu Rusdi Ramli dan Nora Danish.
Namun begitu, pihak media yang berkesempatan menonton sebahagian sedutan filem berkenaan dalam satu majlis pelancaran yang berlangsung di Ipoh, Perak, mendapati banyak adegan romantik dan ranjang yang membabitkan kedua-dua pelakon berkenaan.
Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-20, Rusdi ketika ditemui berkata dia sendiri tidak menyangka perlu melakonkan adegan yang pastinya mampu mencipta sensasi apabila ditayangkan nanti.
“Biarpun sudah lama berkecimpung dalam dunia lakonan, tetapi bukan mudah untuk saya melakonkan adegan romantik dan ranjang. Apatah lagi melakukannya dengan pelakon cantik seperti Nora Danish dan saya pula sudah berumah tangga.
“Bagaimanapun, saya anggap setiap babak yang kami lakonkan itu sebahagian daripada tuntutan kerja. Lagipun, sebelum memulakan sesuatu babak itu saya dan Nora banyak membuat perbincangan,” ujar suami kepada komposer Sharon Anne Paul Abdullah.
Mencari Cinta mengisahkan tentang Myra (Nora Danish) yang telah dipaksa oleh ayahnya untuk berkahwin secara paksa dengan seorang pemuda kampung iaitu Razlan (Rusdi Ramli) setelah ditinggalkan kekasihnya.
Filem genre romantik diterbitkan oleh syarikat produksi Armnett Sdn. Bhd. dan Red Movies Sdn. Bhd. itu sudah tamat menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Janda Baik pada bulan Mac lalu dengan kos sekitar RM1.5 juta.
Akui Rusdi, pada mulanya dia agak terkejut apabila membaca skrip filem berkenaan terutamanya babak-babak yang perlu dilakonkan bersama Nora, namun dia tetap menerima tawaran yang diberikan kerana watak sebagai Razlan agak berbeza dengan filem-filem lakonannya sebelum ini.
“Perasaan berdebar itu memang ada memandangkan saya tidak pernah terbabit dalam adegan ranjang seperti di atas katil. Untuk mengelakkan rasa kekok, saya meletakkan diri saya sebagai Razlan dan bukan Rusdi.
“Bagi saya, tidak perlu ada sebarang kontroversi yang perlu timbul kerana kami sekadar melakonkan adegan sebagai pasangan suami isteri. Kami sekadar berlakon mengikut kehendak skrip dan adegan yang ditampilkan tidak keterlaluan,” jelas pelakon berusia 42 tahun itu.
Sementara itu, Nora yang turut hadir pada majlis tersebut meluahkan rasa gembiranya apabila dapat bergandingan dengan Rusdi yang disifatkannya sebagai seorang pelakon yang hebat.
Ujar Nora, selama ini dia memang teringin untuk berlakon dengan pelakon-pelakon lelaki yang lebih berpengalaman dan pernah dinobatkan sebagai pelakon terbaik seperti Rusdi.
“Sebelum ini saya lebih banyak melakonkan watak-watak gadis ceria dan ini kali pertama saya membawakan watak romantik. Pada mulanya saya menyangka berlakon dalam filem bergenre romantik sangat mudah.
“Namun, sangkaan saya ternyata meleset sama sekali dan saya anggap watak saya dalam filem Mencari Cinta ini sangat mencabar dan memerlukan penghayatan yang lebih mendalam,” jelasnya.
Diminta mengulas mengenai adegan romantik dan ranjang yang perlu dilakonkan bersama Rusdi, pelakon berusia 30 tahun itu memberitahu dia tidak dapat menahan ketawa ketika melakukannya.
“Bukan mudah untuk melakonkan adegan sebegitu dan ini kali pertama saya melakukannya. Namun, pengarah sendiri banyak membantu dan Rusdi juga banyak memberi tip lakonan kepada saya,” ujarnya.
Selain dijayakan oleh Rusdi dan Nora, filem berkenaan juga turut dilakonkan ramai pelakon hebat seperti Fouziah Ghouse, Riezman Khuzaimi, Mahmod Ali Basha, Norlida Ahmad, Daphne Iking dan Natasha Hudson.
Festival Filem Cannes
Selaku pelakon dan pengarah kedua atau pengarah teknikal dalam filem Mencari Cinta, Riezman Khuzaimi memberitahu pada asalnya filem berkenaan mahu dibuat dalam bentuk drama dan skripnya pula sudah dihasilkan sejak tiga tahun lalu.
Ujarnya, pemilihan Rusdi dan Nora sebagai teraju utama filem pertama arahan Shirin yang juga kakaknya itu kerana tarikan tersendiri yang ada kepada kedua-dua pelakon tersebut.
“Kami menghasilkan filem ini bukanlah disebabkan terpengaruh dengan sambutan hangat yang pernah diraih filem Ombak Rindu. Sebenarnya sudah lama filem ini mahu dihasilkan, tetapi tidak dapat terlaksana kerana beberapa sebab tertentu.
“Kini saya gembira dan berpuas hati kerana akhirnya ia telah terhasil dan kami berharap ia dapat ditayangkan pada hujung tahun ini. Namun, kami tidak terlalu meletakkan sasaran yang terlalu tinggi kerana sedar persaingan sengit dengan filem-filem lain,” ujarnya.
Ditanya mengenai beberapa adegan panas dalam filem berkenaan yang mungkin boleh mencetuskan kontroversi, Riezman menjelaskan pihaknya sedar akan ada tapisan yang dilakukan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Riezman menegaskan adegan panas yang ditampilkan dalam filem berkenaan tidak keterlaluan, namun pihaknya sudah membuat beberapa perancangan sekiranya LPF tetap membuat tapisan terhadap beberapa adegan.
“Sebagai pihak yang sudah lama berkecimpung dalam industri hiburan, kami sedar dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh LPF dan kami tidak kisah sekiranya banyak tapisan yang dibuat untuk tayangan di negara ini.
“Bagaimanapun, kami sudah pun merancang mahu menghantar filem ini ke Festival Filem Cannes di Perancis untuk bertanding dalam kategori Anugerah Pengarah Wanita. Jadi, kami akan menghantar salinan filem tersebut yang tidak ditapis untuk dinilai oleh juri di festival tersebut,” ujarnya. KOSMO

7 comments:

Penulis Rindu said...

macam macam..depa nie

Eye_nee said...

Artis dan dunianya..Segalanya harus di patuhi....Wajibkah???....

Penulis Rindu said...

artis perlu menunjukan tauladan yang baik..bukan nak laku panggung

Anonymous said...

saudaraku seislam,, kembalilah kepada fitrah,, ingatlah akan kematian, carilah ilmu akhirat... saudara rusdi dan nora, apalah guna wajah handsome dan cantik untuk kita buat maksiat di bumi allah. sedarlah saudara ku... jangan biar diri diliputi dosa... carilah keredhaan allah. itu lebih penting..

Yu. Syamz said...

tuntutan kerja/pengarah lebih utama dari suruhan dan larangan SANG PENCIPTA?

hem...renung2kanlah...huhu

loveheaven07 said...

owh sensasi, macam nie pun ada hehe...

Unknown said...

apabila seseorang Islam itu bangga melakukan maksiat...tunggulah saat kehancurannya

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung