Nuffnang

Tuesday, May 29, 2012

Terhot !!! Kenyataan Pemuda PAS: Mungkin Inikah Nilai Wasatiyyah Yang hendak Di Terapkan ?


PM Di perkenalkan Kumpulan U-Kiss 

Kehadiran artis seksi dari Korea di program Hari Belia menunjukkan kerajaan kini ketandusan idea untuk menarik sokongan golongan muda sehingga sanggup menganjurkan "program maksiat," menurut Dewan Pemuda PAS.
NONEKetua penerangan sayap part itu, Riduan Mohd Nor berkata, persembahan oleh kumpulan artis "seksi" itu "tidak lebih daripada usaha untuk menyuburkan kemungkaran di kalangan generasi muda," katanya dalam satu kenyataan.

"Dengan menampilkan artis seksi sebagai hidangan masyarakat, kerajaan menganggap itu sebagai suatu perkara yang biasa dan tidak ada salahnya. 

"Mungkin inilah nilai wassatiyyah yang hendak diterapkan oleh perdana menteri," katanya sinis.

Program Hari Belia di Putrajaya yang diadakan sepanjang hujung minggu lalu antara lainnya menampilkan kumpulan Korea, U-Kiss, Dal Shabet dan Teen Top.

Penganjur mendakwa lebih dua juta menyertai program tersebut.
NONESambutan itu turut dicemari tragedi apabila salah sebuah kereta terlibat dalam kemalangan ketika acara perlumbaan kereta dalam sambutan tersebut.

Dalam kejadian itu, seramai 17 orang penonton cedera akibat dirempuh oleh kenderaan tersebut. Malaysiakini.

8 comments:

Penulis Rindu said...

apa nak jadi ni..terkedu melihatnya

kakmahh said...

Berlaku juga kecederaan..

Eye_nee said...

Kalau semuanya nak di ALL IN ONE...inilah jdnya kan...

Cikgu Badar said...

ni bukan 'wasatiyyah' tapi 'wa tala kisah

Anonymous said...

INILAH AKIBATNYA APABILA KEPIMPINAN NEGARA DITERAJUI OLEH YANG TIDAK ADA BARAKAH DAN HIDAYAH

aku said...

Cikgu Bada,

'Bukan Wa tala kisah' tapi
'Wa Sesat Lah'

Unknown said...

Huh... maksiat berleluasa... terpulang kepada pemimpin negara, berapa banyak dosa yg hendak dikumpul... Takziah kepada kelaurga magsa drag hari tu... moga cepat sembuh...
Ini adalah peringatan dari ALLAH utk satu Himpunan berjuta yang tidak BERSIH.

Contest:Nur Diana's Collections: Give Away

daimpressive said...

nak tunggu ada mana2 pihak keluar fatwa tak pasal perhimpunan jutaan belia nih...

http://suaraserak.blogspot.com/2012/05/menjelang-pru-13-3-kenapa-parlimen-tak.html

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung