Nuffnang

Saturday, May 5, 2012

Terhot...Astro Mohon Maaf Gagal Siarkan Pernikahan Awal & Scha

PETALING JAYA: Pihak Astro memohon maaf kepada semua penonton di negara ini kerana kegagalan menyiarkan secara langsung pernikahan pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya yang diadakan di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya, pada Jumaat.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli berkata pihaknya masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar gangguan kepada siaran langsung tersebut yang sepatutnya disiarkan selama setengah jam bermula pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ria.
“Saya mewakili pihak Astro Ria dan Astro amat kesal dan memohon maaf kepada semua penonton atas gangguan siaran langsung majlis pernikahan Scha dan Awal pada malam tadi (malam Jumaat).
“Ia adalah kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan. Sehingga kini kami masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar masalah itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online, Sabtu.
Katanya, pada awal siaran tiada sebarang gangguan berlaku ketika saluran itu menyiarkan siaran langsung persiapan majlis itu sepanjang hari sebelum majlis akad nikah berlangsung.
Raqim Ahmad Ramli
Justeru, apabila terdapat gangguan yang merencatkan siaran langsung majlis pernikahan pada sebelah malam, ia adalah sesuatu yang tidak disengajakan.
“Kami tidak menghadapi gangguan ketika menyiarkan cebisan persiapan sebelum majlis pernikahan itu berlangsung. Tidak sangka pula berlaku gangguan ketika majlis akad nikah hendak diadakan.
“Bagaimanapun, kami akan menyiarkan semula rakaman majlis itu pada pukul 8.30 malam ini (Sabtu) di Astro Ria dan mungkin juga akan siarkan ulangan program itu dari masa ke semasa sebagai tanda kekesalan kami terhadap apa yang berlaku,” katanya.
Raqim berkata, Astro Ria adalah saluran rasmi yang menyiarkan liputan menyeluruh majlis perkahwinan pasangan itu termasuklah majlis resepsi yang akan diadakan pada Ahad ini (esok).
“Seperti yang kami lakukan pada majlis perkahwinan Lisa dan Yusry sebelum ini, Astro Ria akan juga menyiarkan liputan menyeluruh majlis perkahwinan Scha dan Awal.
“Rakaman majlis resepsi perkahwinan mereka yang diadakan pada esok (Ahad) akan disiarkan selama sejam bermula pukul 9 malam masing-masing pada 11 dan 18 Mei depan,” katanya. Mstar..


3 comments:

Penulis Rindu said...

macam macam hal..esuk jadi kut rakaman

Hisyam Fakhri said...

wah , gagal rupanya

Unknown said...

xdpt tayang kt astro pun..tp majlis tetap jalan kan.?it's ok la..~ :)

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung