Nuffnang

Friday, May 18, 2012

Terhot.Shah Rukh Khan Cetus Pergaduhan Di Stadium Kriket Mumbai..


Shah Rukh khan Bertengkar Dengan polis
Cetus Pergaduhan : Shah Rukh Khan Berhadapan Siasatan Polis
MUMBAI: Bintang filem Bollywood, Shah Rukh Khan berhadapan dengan siasatan polis ekoran kekecohan yang berlaku antaranya dengan para pengawal keselamatan di Stadium Kriket, Wankhede Mumbai, Rabu lalu.
Bintang itu juga turut diharamkan daripada menjejakkan kaki ke stadium berkenaan seumur hidup akibat kekecohan tersebut.
Shah Rukh, 46, yang merupakan pemilik bersama pasukan Liga Perdana Kriket India, Kolkata Knight Riders, didapati membawa sekumpulan remaja termasuk anak perempuannya Suhana turun ke padang Stadiumberkenaan selepas berlangsungnya satu perlawanan pada malam Rabu.
Pengawal-pengawal keselamatan cuba menghalang mereka daripada memasuki padang berkenaan menyebabkan berlakunya pertengkaran selama 10 hingga 15 minit sebelum beliau meninggalkan stadium berkenaan.
Kejadian itu turut dirakamkan oleh jurugambar agensi berita AFP.
"Pihak keselamatan stadium telah menasihatinya supaya segera meninggalkan padang tetapi Shah Rukh Khan sebaliknya cuba mencetuskan pergaduhan," kata Setiausaha Persatuan Kriket Mumbai (MCA) Nitin Dalal.
Menurut Dalal lagi, Shah Rukh Khan dan kumpulannya telah memasuki padang permainan sejam setengah selepas perlawanan tamat kerana ingin bermain kriket dengan kumpulannya itu.
"Para pegawai memaklumkan kepadanya ini bukanlah masa yang sesuai untuk berbuat demikian tetapi malangnya pelakon itu menunjukkan sikap yang tidak sepatutnya malah menggunakan perkataan yang tidak wajardidengar," katanya.
Sehubungan itu, Dalal mengesahkan bahawa pihak MCA telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan memutuskan untukmengharamkan Shah Rukh daripada menghadiri sebarang perlawanan kriket di Stadium Wankhede pada masa hadapan.
"Kami telah memutuskan untuk tidak membenarkan dia memasuki stadium ini lagi, untuk apa-apa perlawanan kriket pun," kata Bendahari MCA, Ravi Savant..Mstar

5 comments:

Penulis Rindu said...

dia ni memang suka cari pasal

pet said...

err.. mcm tu pla

afzalsukasuki said...

bajet dah best sangat la tu..ke dia masuk padang nak menari?

Yu. Syamz said...

bajet hot la tu..huhu..

caliph shuriken said...

mmg besaq kapla diorg ni...

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung