LOS ANGELES: Bintang filem Hollywood, John Travolta menolok tuduhan yang dianggapnya sebagai “pembohongan tidak berasas” seorang tukang urut yang membuat tuntutan sebanyak AS$2 juta (RM6 juta) di mahkamah atas dakwaan melakukan serangan seksual semasa sesi urutan di sebuah hotel di Beverly Hils, di sini.
Tuntutan yang difailkan itu menuduh Travolta cuba melakukan hubungan seks dengan seorang tukang urut lelaki yang dikatakan telah diupah AS$200 (RM600) sejam urutan pada Januari lalu.
Bintang "Saturday Night Fever" dan "Pulp Fiction" itu dikatakan bertemu tukang urut berkenaan yang hanya dikenali sebagai John Doe dalam kenderaan Lexus SUV berwarna hitam pada 16 Januari lalu.
Dalam dokumen tuntutan yang dikemukakan, pelakon berkenaan dikatakan telah mengambil tukang urut berkenaan ke sebuah banglo di Berverly Hills Hotel dan telah mendapat perkhidmatan sejam urutan.
Bagaimanapun Travolta dikatakan telah menawarkan “urutan terbaik” ke atas tukang urut tersebut selain meraba-rabanya untuk melakukan onani.
Tukang urut itu bagaimanapun memberitahu aktor berusia 58 tahun tersebut yang dia tidak melakukan khidmat seks bersama pelanggan sehingga menimbulkan kemarahan Travota yang menuduhnya sebagai tidak berguna.
“Tuntutan mahkamah ini adalah sebuah cerita rekaan yang lengkap dan sengaja diada-adakan. Tiada apa-apa peristiwa yang telah berlaku seperti yang dikemukakan dalam saman itu.
"Plaintif, yang mengelak untuk mendedahkan identitinya mengetahui bahawa saman itu adalah satu pembohongan yang tidak berasas sedangkan dia dituntut untuk berbuat demikian (mendedahkan nama),” kata jurucakap Travolta dalam satu kenyataan yang dipetik menerusi majalah People.
Jurucakap itu menambah, Travolta semasa tarikh tuduhan itu tidak berada di California tetapi berada Pantai Timur Amerika Syarikat.
Tambahnya Travolta berhasrat untuk mendapatkan perintah agar kes tersebut digugurkan dan kemudian mahu mendakwa plaintif dan peguamnya atas tuduhan berniat jahat. - AFP.Mstar
2 comments:
apa la Travolta ni..suruhlah bini urutkan
haha lawak plak baca ni
Post a Comment