Nuffnang

Monday, June 4, 2012

Terkini...Gambar Awal & Scha Bergelar Suami Isteri ..Melepas Kamu ye...huhu


Awal (kiri) akhirnya menjadi suami kepada Scha.
PUTRAJAYA: Dengan sekali lafaz, pasangan selebriti Ahmad Awaluddin Ashaari (Awal), 30 dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (Scha), 29 selamat diijabkabulkan pada Jumaat, malam.
Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Pullman Lakeside di sini, selepas solat Isyak kira-kira pukul 9.15 malam.
Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.
Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh bapa Scha iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya dengan disaksikan oleh Pegawai Agama, Jabatan Wilayah Agama Islam (JAWI) Putrajaya, Mohd Salman Idrus.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.
Pengantin perempuan menerima RM2,050 sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.
Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.
Selain set barang kemas dari jenama Lazard Diamonds, antara barang hantaran lain yang diberikan Awal kepada Scha termasuklah sirih junjung dan bunga rampai, senaskhah Al-Quran, sehelai pakaian, kasut jenama Christian Louboution dan beg tangan jenama Dior, kurma dan kek.
Awal menyarungkan cincin nikah ke jari manis Scha.
Manakala Scha membalas sirih junjung dan bunga rampai, senaskhah Al-Quran, sebuah Mac Book, dompet jenama Bottega Veneta, kasut Hermes, seutas jam tangan Cartier, sehelai baju Melayu, coklat dan kek.
Scha dan Awal tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung manakala Awal segak berbaju Melayu dari rona sedondon iaitu putih rekaan Saiful Baharim
Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Ahad di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.


Scha  AL Yahya Masuk Ke Dalam Dewan PICC bersama Bapanya..


Kedua Pengantin Sedang Bersanding


Kedua Pengantin Masuk Kedalam Dewan..


Kalau Kita di jemput Dapat Hadiah ni dari Avon Tau..

13 comments:

Penulis Rindu said...

Tahniah Awal dan Scha..duduk baik baik ye.

kak tie said...

tahniah...namun akak kureng minat ngan dua orang ni...:)

Unknown said...

suke dyowg..sweet sgt..awal dah la ensem..scha pun cantik..hopefully dyowg kekal sampai ke syurga..=D

Anonymous said...

Kalo x minat jgn buang masa comment

Kak Imun said...

Tahniah, Selamat Pengantin Baru.....:)

Ruang Inspirasi said...

Tahniah... tampak bahagia
Semoga bisa jadi pasangan sampai akhir hayat

Hisyam Fakhri said...

wah , semoga langgeng deh :D

Penulis Rindu said...

ya semoga semuanya ye...

mimi said...

walaupunkurang berminat.........semoga bahagia..amin..........

Kak Nam Kepoh!! said...

Pasangan yg sepadan..tahniah untuk mereka.

Anonymous said...

Evon?
AVON.
tq.

Dengitzv said...

Pasangan yg sepadan..tahniah untuk mereka.

yanmaneee said...

jordan store
cheap nfl jerseys china
longchamp handbags
supreme clothing
retro jordans
nike air max
off white nike
nike jordans
kd 12
nike 270

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung