ALOR SETAR: Stadium Darul Aman yang biasanya bergemuruh dengan sorakan hari ini bergema dengan takbir membesarkan nama Allah apabila lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS berhimpun di situ. Majlis yang bermula dengan suasana suram apabila hujan lebat melanda bandar Alor Setar bertukar menjadi ceria sebaik sahaja penceramah selebriti Ustaz Azhar Idrus memulakan ceramahnya.
Stadium yang mempunyai 44,000 tempat duduk dan 60,000 kapasiti padang dan trek itu mula penuh apabila Ustaz Azhar memulakan ceramahnya kerana hujan mula reda. Di samping orang ramai yang memenuhi stadium tidak kurang juga yang bersesak-sesak di luar dan juga yang terperangkap di jalan raya. "Biasanya bila keluar simpang Alor Setar Utara dari lebuh raya, kita perlukan lima ke 10 minit sahaja tetapi saya perlukan 45 minit untuk sampai ke sini," beritahu Ustaz Azhar ketika memulakan ceramahnya.
Ceramah beliau yang berjalan kira-kira 45 minit itu sememangnya dinantikan oleh penduduk utara semenanjung yang selama ini mengenali beliau melalui videonya dalam youtube. "Mereka bawa K-Pop untuk menarik anak muda, kita bawa ulama ke sini," kata Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan yanga berucap sebelum Ustaz Azhar. Ustaz Azhar dalam caramahnya juga menyentuh isu K-Pop dalam ceramahnya.
Minggu lalu sepatutnya beliau berceramah di PICC Putraya namun dbatalkan di saat akhir apabila ceramah beliau bertembung dengan persembahan K-Pop di Hari Belia Negara 2012 di sana. "Sepatutnya saya kuliah di PICC minggu lalu tetapi kerana bertembung degan K-Pop kuliah saya yang dibatalkan," kata Ustaz Azhar Idrus. Selain ceramah Ustaz Azhar, majlis yag dinamakan Ekspresi Anak Muda itu turut diserikan dengan pelbagai ucapan yang semuana berjalan dalam hujan. Nasruddin sendiri sekali lagi mendeklamasikan sajaknya yang sebelum ini dibacakan di majlis Taklimat sempena perhimpunan in pagi tadi. Bekas MB Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin juga turut berucap yang memberikan semangat kepada anak muda dengan mengajakan mereka bersama-sama ke Putrajaya. Malam ini, pampinan utama PAS akan memberikan ucapan masing-masing dan dijangka beberapa kejutan akan dibuat yang berupa pengumuman penyertaan beberapa tokoh menyertai PAS. Harakahdailly
Nuffnang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Gambar hiasan. GERIK – Gara-gara cemburu dan dituduh mempunyai hubungan dengan lelaki lain, seorang wanita dicederakan dan diugut bunuh ol...
-
RESTORAN Cheng Ho di Wangsa Maju tempat Zakwan melecur terkena kuah tomyam. KUALA LUMPUR – Penyanyi rock terkenal, Amy Search diperintah ol...
-
DIA dilahirkan sempurna. Matanya celik, bisa melihat. Namun, ia tidak lama. Ketika usianya 17 tahun, dia disahkan buta. Warna-warni alam yan...
-
FIFI RAMADHANI yang dapat diselamatkan dari menjadi tebusan seorang penagih dadah masih kelihatan lemah ketika ditemui di Hospital Kuala Lum...
-
Bayangkan ombat setinggi macam ni kat Pantai kita..Subhanallah Gambar umbak Tsunami yang menggulung pantai Natori salam buat semua.. semalam...
2 comments:
memang hebat...kebanyakan peserta terdiri dari golongan muda
Yesterday, wa tak lepaskan peluang berhimpun di Stadium Darul Aman. Wa memang hardcore PAS. Kehadiran wa telah mengenapkan jumlah 456,328 penyokong PAS ke Himpunan Hijau ke Putrajaya. Tapi satu perkara yang wa paling syiok. Wa dapat lihat wa punya favourite uztaz in person, Uztaz Azhar Idrus. wa cakap lu...handsome....handsome macam wa masa muda muda dulu. Senyumannya sedikit aje tapi wa dah kira puas. Anak wa pun 'take a photo'la. UAI dalam kereta Merc.Itu tak sama dengan wa sebab wa pakai motor aje.
Anyhow..wa puas. Puas dengan perhimpunan dan puas dengan cara PAS kendali everything. Sekarang wa sedang tunggu nak ke Putrajaya aje.
Takbir!!
Post a Comment