Nuffnang
Thursday, June 7, 2012
Berita Hot : Gadis 16 tahun rela serah tubuh demi satu tin Gam..
KUANTAN - Hanya bermodalkan satu tin gam berharga tidak sampai RM5, mana-mana lelaki boleh menikmati tubuh seorang gadis berusia 16 tahun yang sering berkeliaran di bandar ini dengan tujuan mahu mencari sesiapa yang boleh membekalkan bahan mengkhayalkan itu kepadanya. Bukan setakat ringan-ringan, malah gadis yang sering dilihat mundar-mandir di Jalan Pasar dan Medan Warisan di sini, mudah dibawa ke mana saja termasuk ke ranjang asalkan ketagihannya terhadap gam dapat dihilangkan.
Berikutan ‘populariti’ gadis itu yang digelar ‘Minah Gam Ringan-Ringan’ oleh orang ramai yang mengenalinya.. Agak mengejutkan apabila mendapati dia bukanlah selekeh seperti digambarkan, malah mempunyai wajah agak menawan serta pandai bergaya, sekali gus langsung tidak menggambarkan dirinya penagih gam tegar. Dalam perbualan dengan gadis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Alia, dia mengaku tidak kisah dibawa ke mana saja asal diberi satu tin gam untuk melepaskan ketagihan manakala bayaran sekadar RM50 memadai jika ingin menidurinya. “Kebiasaannya lelaki mengajak saya ke pusat karaoke di sekitar bandar ini kerana di situ agak selamat serta lebih terlindung daripada pandangan orang ramai.
“Tapi kalau di karaoke cuma boleh ringan-ringan sajalah, nak lebih daripada itu kenalah bayar tip sikit dan carilah tempat lebih sesuai,” katanya selamba. Apabila ditanya mengenai latar belakang termasuk keluarga serta persekolahannya, Alia enggan menjawab dan mula menunjukkan rasa kurang senang, namun Harian Metro difahamkan dia sudah berhenti sekolah sejak ibu bapanya bercerai. Ditanya sejak bila dia mula menagih gam, Alia cuma menggeleng-gelengkan kepala, namun memberitahu dia melakukan perkara itu hanya sekadar suka-suka.
Sementara itu, Penolong Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuantan, Mohd Aluwi Din mengakui pihaknya ada menerima maklumat mengenai beberapa kes membabitkan gadis seperti Alia. “Ada antara mereka sudah berjaya kami pujuk dan rujuk ke Bahagian Kaunseling untuk mengikuti proses pemulihan. Kita perlu membantu golongan yang ketagihan gam ini, bukannya menghukum mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Katanya, kebanyakan remaja yang terbabit dengan kegiatan menghidu gam yang dirujuk ke AADK dibawa keluarga sendiri namun ada juga ditangkap ketika operasi dijalankan agensi berkenaan. “Mereka diberi kaunseling selain menyediakan aktiviti berbentuk keagamaan dan kemasyarakatan supaya pulih daripada kesan menghidu gam yang boleh menjejaskan otak dan melemahkan ingatan. “Ibu bapa yang menyedari anak mereka terjebak kegiatan menghidu gam tidak perlu malu untuk membawa remaja berkenaan kepada AADK supaya mereka dapat menjalani program pemulihan,” katanya. Aluwi berkata, jika terlalu ketagih, penghidu gam akan hilang pertimbangan malah sehingga menjejaskan otak seterusnya menjadi gila, justeru tidak hairan sekiranya remaja perempuan yang menghidu gam boleh bertindak melampaui batas seperti menyerahkan kehormatan diri dan sebagainya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
(Kanan) Keadaan motorsikal dinaiki mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 95 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan. FOTO IHSAN Poli...
-
SEBUAH bot dihantar untuk menyelamatkan isteri pelancong dari Arab Saudi. - Foto The Pattaya News BANGKOK – Seorang pelancong dari Arab Sa...
-
Laluan ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di Kedah alami kesesakan luar biasa hari ini apabi...
-
ANGGOTA bomba menguruskan mayat Gindek yang itu maut disambar buaya di Asajaya. FOTO Ihsan JBPM Kuching: Buaya mengganas lagi dengan terba...
-
Cbr1000 putus dua langgar kete pusingan U d hadapan petronas Kulim hitech.Kulim Kedah..alhamdulillah rider cuma pat...
11 comments:
minta allah lindungi keluarga kita
Isk..Moga dia kembali ke pangkal jalan..Amin..
alahai kesiannya dia.
mohon agar adalah orang yang membimbingnya..
Dunia akhir zaman bro...
ya semoga allah buka pintu hatinya
Mudah-mudahan ..
Aminn.
Ya ALLAH , bukakanlah pintu hatinya..
Amin ya rabb :)
sian dia.. tersepit dengan kehidupan.. moga ada insan yang mampu mengubahnya.
Salam ziarah dari Pemimpi.
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah." :)
kesian die . semoga dibukakkan pintu hatinya untuk berubah
kita kesian dia..semoga dia pun kesian kat diri dia kan
Makbapak kalau dh bercerai,anak jd mangsa keadaan. Anak hilang pedoman hidup & mudah terjebaklah hal mcm ni tak kira lelaki pompuan.Dunia skrg, masalah sosial tahu buat anak tapi tak tahu jaga.
Post a Comment