Nuffnang
Saturday, June 9, 2012
Panas !! Panas!! Jom Bongkar Penyelewengan Dalam Persatuan Seniman !!! apa yang di selewengkan? jom baca
Penyelewengan : Artis Veteran Tuntut AGM 14 Seniman Dibatalkan Abu Bakar Omar (kiri) yang mewakili Persatuan Kebajikan Artis Veteran (PKAV) bersama dua wakil peguam mengemukakan petisyen pembatalan AGM 14 di Finas, petang Jumaat. Foto CHAN TAK KONG AMPANG: Persatuan Kebajikan Artis Veteran (PKAV) menuntut pembatalan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-14 Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) pada 25 Jun lalu kerana gagal memenuhi empat perkara dalam perlembagaan persatuan terbabit.
Wakil PKAV, pelakon veteran Abu Bakar Omar, 63, berkata AGM 14 gagal mengeluarkan notis mesyuarat kepada ahli secara sah serta gagal membentang dan meluluskan minit mesyuarat AGM 13. Mesyuarat berkenaan juga gagal membentangkan laporan kewangan persatuan bagi 2011 dan butiran transaksi pembelian sebuah bangunan di Setapak dekat sini berjumlah RM330,000 serta kos ubahsuai bangunan itu sebanyak RM33,000. "Kami tidak mempunyai sebarang isu peribadi terhadap pelantikan Zed Zaidi sebagai presiden Seniman. "Sebagai artis veteran yang juga ahli Seniman kami hanya mahu hentikan penyelewangan dalam persatuan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. "Sebab itu kami kemukakan tuntutan membatalkan AGM 14 menerusi saluran undang-undang kerana mesyuarat itu diadakan dengan mengetepikan empat perkara dalam perlembagaan persatuan," katanya kepada mStar Online, petang Jumaat.
Antara artis veteran yang hadir hadir pada sidang media dan taklimat berhubung pembatalan AGM 14. Abu Bakar dan kira-kira 80 artis veteran hadir pada sidang media dan taklimat bersama wakil peguam berhubung petisyen pembatalan AGM 14 di Pawagam P. Ramlee, Kompleks Studio Merdeka Finas, Hulu Kelang di sini. Abu Bakar berkata, petisyen itu sekali gus membawa kepada pembatalan pemilihan dan pelantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan bagi sesi 2012 hingga 2015.
PKAV turut memohon satu Injuksi Interim yang menghalang AJK yang dilantik pada AGM 14 daripada melaksanakan tugas-tugas jawatan sehingga tindakan Mahkamah/Tribunal diputuskan kelak. Katanya, mereka turut memohon apa-apa relif lain yang bermanfaat kepada persatuan. "Petisyen sudah dikemukan, jadi kami serahkan selebihnya kepada peguam. Kami hanya mahu AGM 14 itu dibatalkan dan AJK tersebut digantung sehingga keputusan mahkamah diputuskan," katanya. Antara yang hadir pada taklimat tersebut adalah bekas presiden Seniman Datuk Mustapha Maarof dan barisan artis veteran antaranya Datuk Aziz Sattar, Datuk Yahya Sulong, Mariani Ismail dan penerbit filem Datuk Yusof Haslam. Pada pertemuan itu, sebanyak RM1,100 berjaya dikutip hasil sumbangan barisan artis veteran yang hadir bagi mengumpulkan dana untuk kos peguam kelak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
Pempengaruh Hanis Zalikha mendedahkan empat bekas pekerjanya yang didakwa terbabit dalam kes pecah amanah sudah tiada kaitan dengan diriny...
-
Tangkap layar menunjukkan mangsa sedang karaoke bersama keluarganya sebelum ditikam berkali-kali. - TikTok JAKARTA – Seorang lelaki di Ind...
-
Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi hasil lumayan yang diperolehnya dengan hanya menjual minyak masak terpakai telah mencuri perhatian...
-
Peti sejuk beku yang dirampas oleh polis dalam kejadian kes anak bunuh ibu di Taman OUG, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Hazreen Mohamad KUALA L...
-
Tangkap layar video rakyat Malaysia beratur panjang untuk masuk ke Thailand untuk bercuti sempena cuti sambutan Deepavali. BUKIT KAYU HITA...
2 comments:
Lepas ni...masuk sajalah MUSIKA..senang..sbb dipandu oleh pimpnan ulama..takbir!Allahuakbar!
yang penting amanah
Post a Comment