Nuffnang
Saturday, June 9, 2012
Perghh Setelah Dinodai !!! : Gadis terlanjur dalam dilema , ingin pulang kepangkal jalan,
Gambar Hiasan
SAYA remaja perempuan berumur 18 tahun yang ingin bertaubat, tetapi tidak tahu caranya. Sewaktu berumur 10 tahun, saya dirogol bapa saudara yang umurnya sebaya dengan saya ketika sedang tidur. Sebelum kejadian, hampir setiap hari anggota badan saya diraba. Saya tidak melawan kerana amat takut dan dia juga tidak mahu saya memberitahu sesiapa. Ketika di sekolah menengah, saya dirogol pula empat atau lima lelaki yang tidak dikenali.
Perkara itu berlaku ketika menemani kawan ke majlis rumah kawannya. Rupa-rupanya, kawan saya itu menipu dan sanggup menjadikan saya pemuas nafsu rakan lelakinya. Sejak kejadian itu, saya meminta untuk tinggal bersama emak saudara saya. Saya fikir boleh mendapat kehidupan baik, tetapi malangnya saya berkenalan pula dengan seorang lelaki yang saya gelar ‘F’ dan kami pernah terlanjur.
Saya juga pernah terlanjur bersama teman lelaki lain yang saya gelar sebagai J. Namun, alhamdulillah, saya kini tidak lagi terbabit dalam kancah perzinaan. Namun pengalaman itu membuatkan saya takut berkawan dengan lelaki. Kini, saya sedang berkawan dengan seorang lelaki, ‘A’ yang berumur 20 tahun. Kami berkenalan melalui kawan saya. Bagi saya, dia seorang lelaki yang baik dan menghormati saya namun kuat cemburu. Saya menceritakan semua kisah silam saya kepadanya dan dia menerima saya dengan ikhlas. Dia berjanji akan menjaga saya. Kebetulan juga saya berkenalan dengan seorang duda ‘K’ yang berumur 41 tahun dan mempunyai dua anak.
Setelah sekian lama, baru saya tahu, duda itu abang kepada ‘F’. Sekarang dia sedang menantikan jawapan daripada saya kerana dia ingin menjadikan saya isterinya. Namun saya buntu sama ada perlu menerima K atau memilih A kerana A sentiasa menyayangi saya. Jika saya berkahwin dengan K, saya dapat menyelamatkan anak perempuannya daripada F yang sentiasa mengambil kesempatan terhadap perempuan. Buat pengetahuan Dr, dua orang anak K kini berada dalam satu rumah dengan F. K pernah memberitahu F pernah melakukan hubungan seks dengan ramai wanita dan salah satu sebab mengapa K bercerai dengan bekas isterinya kerana bekas isterinya itu pernah terlanjur bersama F. Mana yang perlu saya pilih, K atau A? Bagaimana caranya untuk saya bertaubat? komen sikit Bro MIERA, Kuala Lumpur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Aksi kanak-kanak tersebut ketika mengendalikan jentera berat. PETALING JAYA – Aksi seorang kanak-kanak mengendalikan sebuah jentera berat ...
-
Pempengaruh Hanis Zalikha mendedahkan empat bekas pekerjanya yang didakwa terbabit dalam kes pecah amanah sudah tiada kaitan dengan diriny...
-
Tangkap layar menunjukkan mangsa sedang karaoke bersama keluarganya sebelum ditikam berkali-kali. - TikTok JAKARTA – Seorang lelaki di Ind...
-
Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi hasil lumayan yang diperolehnya dengan hanya menjual minyak masak terpakai telah mencuri perhatian...
-
Peti sejuk beku yang dirampas oleh polis dalam kejadian kes anak bunuh ibu di Taman OUG, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Hazreen Mohamad KUALA L...
-
Tangkap layar video rakyat Malaysia beratur panjang untuk masuk ke Thailand untuk bercuti sempena cuti sambutan Deepavali. BUKIT KAYU HITA...
3 comments:
Pening kepala aku membacanyer...
betul ..pening juga ye..
nape dunia dia kecik.. pindah sana sini, jmpa huruf yg sama.. kenal laki lain, jmpa ag huruf yg sama..
Post a Comment