Nuffnang

Wednesday, June 13, 2012

Terkini ,Terkeliru : Majlis Fatwa Tidak Pernah Keluar Fatwa Bersih 3.0 Haram : Dr Mashitah



KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan fatwa yang mengatakan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu sebagai haram.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahimse baliknya menjelaskan bahawa ahli Majlis Fatwa Kebangsaan hanya mengeluarkan nasihat mengenai perhimpunan berkenaan.

"Fatwa mengenai perhimpunan Bersih 3.0 tidak pernah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

"Sebaliknya ia merupakan nasihat daripada ahli-ahli muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 4 hingga 6 Mei 2012," katanya ketika menjawab ucapan penangguhan pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Selain itu Mashitah berkata perkara itu telah dipersetujui oleh semua ahli muzakarah supaya nasihat mengenai penglibatan umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan yang telah membawa kerosakan dan musibah kepada negara dikeluarkan melalui satu kenyataan media.

Baru-baru ini Majlis Fakwa Kebangsaan dilaporkan mengeluarkan fatwa yang mengatakan perhimpunan Bersih 3.0 sebagai haram selepas memandang serius terhadap tindakan sebahagian masyarakat termasuk umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan seperti yang berlaku dalamdemonstrasi Bersih 3.0 hingga membawa kerosakan dan musibah kepada negara.

Bagaimanapun pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan itu ditolak khususnya oleh pembangkang kerana didakwa mengeluarkan fatwa yang berpihak kepada sebelah pihak.

Bagaimanapun Mashitah menjelaskan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak dipengaruhi mana-mana pihak termasuk kepentingan politik melainkan kepentingan Islam.

"Perlu saya jelaskan bahawa ahli-ahli muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan adalah dilantik atas perkenan Majlis Raja-Raja.

"Justeru mereka tiada kepentingan politik melainkan untuk kepentingan agama dan ummah.

"Oleh yang demikian nasihat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan adalah bebas daripada pengaruh mana-mana pihak dan tidak terikat dengan kepentingan individu mahupun organisasi," katanya. Mstar

6 comments:

Penulis Rindu said...

macam mana ni sapa yang keluar kemyataan dulu

LydSunshine said...

Tak menyebelahi mana2 pihak ke? Oooo...mcm tu rupanya. Tak sangka plak ada badan yg masih tak memihak kepada mana2 ye skrg ni.

a loqman said...

selepas kena gasak , tak mengaku pula ye

Anonymous said...

Kenyataan jenis apa ni? Kalau setakat nak beri nasihat, tak perlu lah Majlis Fatwa bersidang. Perabis wang rakyat jer! Mu ingat wang kerajaan tu wang para menteri ke? Itu wang rakyat yang dikutip daripda pelbagai cukai. Ni tambah satu lagi cukai, GST. Mu sedap lah, wang tak habis punya!!! Rakyat nak beli ikan kembong pun susah, RM12 sekilo beb!

Anonymous said...

mcm ni punya fikir menteri pun ada ka...himpun bleh rosak harta benda...yg konsert2 kumpul2 tina jantan tu cmana..yg sosial lebih2 tu cmana.dedah sana sini..knp fatwa xkluar haram...tambah bala dosa lg tu...oooooo ada msyyuk patutla...

Eye_nee said...

Mashitah....Mashitah....Suka sgt pd dia masa awal2 dulu memberi ceramah....semasa muka masih polos semasa tudung masih labuh...la ni ckp dia pun berbeli-belit.....

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung