Nuffnang

Tuesday, June 12, 2012

Terkini !!! Pelawak Osman Kering Tolak Dakwaan Meninggal Dunia, kini Kritikal Di ICU



Osman Kering.

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Osman Kering atau nama sebenarnya Osman kassim, 58, sedang dirawat di Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini, Isnin.

Sehingga berita ini ditulis pada pukul 9.40 malam, keadaan Osman berada dalam keadaan kritikal dengan bantuan alat pernafasan.

Anak kedua Osman iaitu Mohd Al Amin, 27, mengesahkan perkara itu dan menolak khabar angin bapanya sudah meninggal dunia sekitar pukul 7 malam Isnin.

"Alhamdulillah, ayah masih hidup dan kini dibawah pemerhatian doktor di wad kecemasan dan akan dibawa ke Unit Penjagaan Rapi (ICU) untuk rawatan selanjutnya," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di HUKM malam Isnin.

Amin menjelaskan, bapanya rebah sekitar pukul 6 petang Isnin di rumah mereka di Bandar Permaisuri, Cheras selepas mengalami batuk berdarah sebanyak dua kali.

Dia memberitahu seorang jiran yang datang untuk membantu kemudiannya mengesahkan bapanya telah meninggal dunia pada pukul 6.45 petang sebelum diperiksa sekali lagi oleh adiknya iaitu Nur Ain, 25, yang kebetulan bekerja dalam bidang perubatan.

"Selepas adik periksa nadi ayah, dia memberitahu ayah masih hidup tetapi nadinya lemah dan kami bergegas membawanya ke hospital," katanya.

Tambah Amin, ketika kejadian, ibunya iaitu Che Norhayati Che Omar, 48, berada disisi bapanya bersama seorang lagi adiknya.

Dalam pada itu, Amin memberitahu, bapanya memang sudah lama mengalami penyakit batuk kering dan sesak nafas dan keadaannya bertambah teruk sejak akhir-akhir ini.

"Doakan ayah saya kembali sihat dan dapat kembali seperti biasa," ujarnya.Mstar.
sampai hati depa emalam, depa up date dalam blog kata beliau sudah meninggal


4 comments:

Anonymous said...

pelakun?...

Penulis Rindu said...

pelawak merangkap pelakun la tu

Eye_nee said...

Janji Allah pd setiap yg bernyawa...soal hidup dan mati bukan lakunan...brgkali sahabatnya itu panik dan menyangkakan beliau telah tiada....

Cara Alami Mengobati Darah Rendah said...

aku suka gayanya

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung