Nuffnang

Friday, July 6, 2012

Berita Panas : Angkara hubungan sulit dengan Isteri orang ,Kekasih gelap dibelasah hingga mati..



di belasah..contoh je

BEAUFORT – Seorang suami yang ‘naik hantu’ selepas mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit bertindak nekad apabila membelasah kekasih gelap wanita itu hingga mati dalam kejadian di pekarangan pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak (JPHPT) Beaufort dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 3.15 petang itu berlaku apabila suspek berusia 55 tahun datang ke pejabat berkenaan sebelum membelasah mangsa yang merupakan kontraktor dikenali sebagai Hasan Tahir, 57, hingga lembik.
Selepas dibelasah, mangsa sempat melarikan diri ke bangunan Giat Mara yang terletak di sebarang jalan sebelum pengsan. Dia disahkan mati ketika dirawat di Hospital Beaufort.
Difahamkan, mangsa mengenali isteri suspek selepas mereka bertemu ketika lelaki itu mempunyai urusan di pejabat wanita itu beberapa tahun lalu. Mangsa telah berkeluarga.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Mustaffa Maarof Mustaffa berkata, siasatan awal mendapati suspek cemburu apabila mengesyaki isterinya yang merupakan kakitangan JPHPT berusia lingkungan 40-an mempunyai hubungan sulit dengan mangsa. KOSMO

9 comments:

uncle said...

padan muka !!

Mrs Velentine said...

no komen..sebab sya mungkin mengenali suspek sebab berdekatan kg

Anonymous said...

jantan sundal betina miang...jantan memang sundal!

Anonymous said...

lagi best kalau bini si Hasan serang n belasah bini suspek plak...betina tak cukup sorang...gedik2 ngan laki org...x pasal2 bini si hasan jadi balu...

Unknown said...

kesiannya.. Wlaupun dia buat salah tp kita xpatut hukum dia camtu,.

Eye_nee said...

Malu melihat dan mendengar kes sebegini..umur yg terlibat bukan budak mentah..hidup dah sentengah abad namun fkiran tidak mampu berfikir selayaknya umur itu...Telah Allah tentukan begitu ajalnya dan sipenghukum juga tetap akan menerima bahagiannya pulak nnt begitu juga si isteri...

Sop said...

dasyat!

Anonymous said...

mungkin kah si pemukul tu bertindak hanya atas sifat cemburu buta nya?

mungkin juga ada orang yg memberi maklumat tidak tepat, membuat andaian ada skandal hanya disebabkan si mangsa kerap pergi ke pejabat si isteri? dan atas urusan kerja disebabkan sememangnya dia membuat kerja-kerja jabatan tersebut?

mungkin atas pelbagai andaian yg menjadi fitnah, sampai berlaku pembunuhan begini.

Kereta Sewa Murah KL said...

patut dipukul....tapi sampai mati tu memang tak boleh lah....


Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung