KUALA LUMPUR: Tertekan kerana tidak dapat menerima kehadiran lelaki lain
sebagai bapa menjadi titik hitam dalam hidup seorang remaja perempuan apabila
dia terjebak sebagai bohsia dan ditiduri ramai Mat Rempit.
Lina, 15, berkata, ibunya berkahwin lain manakala bapa tiri tidak pernah memberi
kasih sayang kepadanya menyebabkannya mencari teman lelaki bagi
menghilangkan kebosanan.
“Sejak ibu bercerai dengan bapa ketika saya berusia 12 tahun, hubungan kami
renggang dan sering bergaduh sehingga beberapa kali saya dipukul.
“Saya rapat dengan kakak yang dua tahun lebih tua daripada saya dan sering
menemaninya setiap malam mencari teman lelaki di Taman Tasik Titiwangsa
bagi menghilangkan kebosanan,” katanya.
Menurutnya, disebabkan perangai itu, dia mendakwa pernah dirogol bergilir-gilir
beberapa Mat Rempit di sebuah kawasan rekreasi di Rawang selepas cuba
menghalang kakaknya daripada menjadi mangsa nafsu kumpulan lelaki itu.
“Namun kejadian itu tidak menjadi pengajaran kepada saya sebaliknya saya
semakin ligat bertukar pasangan asalkan saya suka pada dia,” katanya.
Lina juga mendakwa, seorang rakan perempuannya pernah ‘menjual’ dia kepada
sekumpulan Mat Rempit di Cheras untuk mendapatkan bekalan dadah hujung tahun lalu.
“Selepas kejadian itu, saya cuba mengasingkan diri daripada rakan namun
disebabkan hanya berpendidikan setakat darjah enam dan masih di bawah umur,
saya sukar mendapatkan pekerjaan,” katanya.
Menurutnya, dia kini menumpang di rumah datuk dan nenek selepas tidak lagi
dipedulikan ibu atau bapa tirinya.. Hmetro
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/07
4 comments:
ape nak jadi ngan remaja kita skrg nih?nak salahkan dia 100% pun takleh.ada byk factors yg menyumbang.
Dia yg pilih, dia seronok, dia rasa bebas dan buat dgn rela. Kekdg ada yg berbangga. Masalah2 tu alasan je. Ramai yg ada masalah lg teruk dr tu..tak la semudah tu nak buat camtu. Klau dipaksa atau terpaksa tu lain la.
nice entry.. for information.. hi im already follow ur blog.. feel free to visit n follow my blog back. thanks :)
Persekitaran kita sekarang tidak menjurus kepada agama. Media sentiasa memaparkan kisah sekitar seks, inilah yg berlaku.
Post a Comment