Datok Sri Anwar Di Serawak
Turut sama berkebetulan berada di lapangan terbang bekas timbalan menteri pelajaran Bujang Ulis...beliau sempat bersalam dan berpelukan dengan Anwar.
Bekas Duta Malaysia ke Mexico yang menyertai PKR juga turut sama hadir begitu juga ketiga-tiga Adun PKR Sarawak yang menang dalam pilihan raya lalu.
Bujang Ulis memeluk Anwar. |
Turut mencelah ialah Kadir Sheikh Fadzir. Kadir dan Lajim akan berceramah bersama Anwar di Santok malam ini. Petang ini Anwar akan berbuka puasa di rumah Hafsah Harun. Menjelang tenguk hari esok Anwar akan berlepas ke Sabah.
Satu kejutan lagi akan berlaku di Sabah besok sekiranya tidak ada aral melintang. Dalam pada itu Najib katanya baru semalam secara senyak menjejak kaki di Sarawak dan hari ini berada di Sabah. Apakah dengan kedatangan Najib itu menyebabkan apa disebut kejutan itu tertangguh?
Seandainya apa diceritakan Lajim bahawa 15 kerusi parlimen Sarawak dan 30 kerusi state kini sudah berada dalam tangan pembangkang ia menandakan kerajaan Sabah sekali lagi akan bertukar tangan dalam pilihan raya akan datang. Menurutnya perkembangan di Sabah merangsangkan dan UBN seolah-olah tidak terkata apa.
Semasa berucap kepada aktivis dan pimpinan PKR Anwar mengingatkan supaya parti bersiap sedia lebih awal. Menurutnya pihak Pakatan Rakyat telah dalam keadaan siap sedia dan beranggapan pilihan raya akan diadakan pada September ini.
Beliau juga menyentuh mengenai pembahagian kerusi di kalanagan komponen Pakatan sudah hampir selesai. Banyak negeri katanya sudah selesai kalau pun ada beberapa buah yang berlaku pertidihan. Namun beliau yakin dengan semangat Pakatan Rakyat masalah kerusi akan selesai dan tidak menjadi masalah. [kuching. 5:31 pm 11/08/12] Mohamad sayuti Omar
8 comments:
betui ka nie
penasihat umum? ketua umum?
Auk Abu L sik ada aku berbulak, nan orang Sarawak sik mauk BN agik
ngai aku ngan BN
mudah2an betul....Long Live PR.
bohong dia abu lokman, mana ada orng sarawak tak suka bn, sarawak adalah kubu kuat bn, tulisan ini pun dah caca merba, mana satu sarawak mana satu sabah blogger ini tak tahu, kah kah kah kah kah kah kah
penasihat umum? ketua umum?
bohong dia abu lokman, mana ada orng sarawak tak suka bn, sarawak adalah kubu kuat bn, tulisan ini pun dah caca merba, mana satu sarawak mana satu sabah blogger ini tak tahu, kah kah kah kah kah kah kah
Post a Comment