MOHD. ASRI didakwa memukul kepala isterinya dengan topi keledar ketika mangsa menjamu selera di Kelab Golf dan Desa Kelantan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu ini.
KOTA BHARU – Seorang lelaki yang sedang dipenjara dua tahun kerana membelasah isterinya dengan kayu hoki terpaksa menjalani hukuman tambahan selama 15 bulan lagi dengan satu sebatan selepas Mahkamah Majistret di sini semalam menyabitkan kesalahan tertuduh kerana memukul mangsa yang sama dengan topi keledar.
Majistret Mohd. Fazaly Ali Mohd. Ghazaly menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Mohd. Asri Ahamed @ Mohammad, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah.
Beliau kemudian mengarahkan Mohd. Asri untuk menjalani hukuman itu selepas dia menamatkan hukuman dua tahun penjara dan tiga sebatan yang sedang dilaluinya itu.
Ketika kejadian, Mohd. Asri yang merupakan seorang kedi golf didakwa memukul Nik Rosdiana Mohamed, 22, dengan topi keledar sehingga mencederakan mangsa di kantin Kelab Golf dan Desa Kelantan, Pengkalan Chepa di sini pada pukul 8 malam, 3 Mei lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat jika sabit kesalahan.
Ulasan : tempat bermanja Isteri ada;ah kepada suami...selalin dari Ibu bapa...apalah punya suami ni..takkan balun sampai macam tu..huhu
8 comments:
huhuhuhi...scary..panas baran..nauzubillah..
kot ye pun selisih faham n marah, jgn la sampai nak pukul2.
masa suka syang dh x suka pukul..bangang...
kalau isteri tak bermanja dengan suami siapa lagi ya
uhu laki yg xleh pandu diri sdiri..itu yg jd bodoh tuh!!!LELAKI YANG BODOH ADALAH LELAKI YANG TAK BOLEH 'JINAKKAN' ISTERI...geramnya...baran xbtempat..inilah lambang kebodohan LELAKI..hee kalo suami bgus, xkan ade kes isteri buat hal..tp kalo isteri xbgus, laki memg suka buat hal=)...nila setitik, rosak susu sebelanga..hehehee
Ada tatacaranya dlm Islam bagaimana nak mengajar isteri sekiranya dia melakukan kesalahan bukan dibelasah dgn kayu golf dan helmet sampai memudaratkan isteri...Bertindak tidak berfikir...
anak sya kureng sikit mamee ni..kalo depa makan depa buat kotor umah je adalah.
sungguh lelaki yang sangat tidak punya perasaan
Post a Comment