Lebih baik ‘syaitan yang dikenali’, pesan Dr M kepada pengundi
KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata lebih baik mengundi “syaitan yang dikenali” dalam Barisan Nasional (BN) dari Pakatan Rakyat (PR) yang hanya tahu memberikan janji.
“BN telah mendengar suara rakyat dan mengubah banyak polisi dan undang-undang,” kata bekas perdana menteri itu dalam blognya hari ini.
“Rakyat hanya perlu mendesak BN bagi membawa perubahan yang mereka mahukan.
“Lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal.”
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengadakan pilihan raya, tetapi serangan dari PR serta pendedahan skandal melibatkan pentadbirannya telah melambatkan cadangan beliau.
Pentadbiran Najib juga telah memperkenalkan beberapa polisi baru dan perubahan polisi dalam mematahkan serangan PR dana janji reformasi mereka jika mengambil alih kuasa.
Perdana Menteri juga telah menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah selepas berlaku pembelotan beberapa ahli parlimen menyokong PR.
Beliau juga berjanji untuk menghapuskan Akta Hasutan selain menghapuskan beberapa akta keselamatan awal tahun ini.
Tetapi PR telah berjaya membuat serangan dengan mendedahkan skandal melibatkan projek penternakan nasional serta kontrak melibatkan projek tambahan LRT.
Pembangkang juga berjanji menurunkan harga kereta lebih rendah untuk rakyat Malaysia.
Dalam blognya hari ini, Dr Mahathir membandingkan janji PR dengan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dengan janji perubahannya.
“Dalam kempennya untuk menjadi presiden, Barack Obama telah menjanjikan perubahan,” katanya.
“Beliau berjanji untuk menutup Kem Guantanamo, berjanji untuk tidak membawa tahanan ke mahkamah tentera, berjanji untuk membawa tentera keluar dari Iraq dan Afghanistan dan sekarang sudah empat tahun dan dia gagal untuk mengotakan janjinya.”
Menurutnya lagi, pembangkang di Malaysia telah meniru Obama dan menjanjikan perubahan.
Beliau mengakui bahawa BN telah memerintah Malaysia dalam tempoh yang lama, tetapi berkata BN mempunyai rekod yang baik.
“Lima tahun sebagai tempoh percubaan adalah sangat bahaya. Banyak perkara boleh hancur dalam masa lima tahun. Selain itu, tidak ada jaminan pembangkang bila menjadi kerajaan akan membenarkan BN kembali. Pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar kerajaan.
“Walaupun kita lihat beliau yang mengaku berjuang untuk hak bersuara, tetapi dia sering menyaman orang yang mengkritiknya.
“Kuasa dalam bahagian lain kerajaan juga akan dirosakkan. Nepotisme dan kronisme akan berterusan seperti parti yang dipimpinnya,” kata beliau dengan merujuk kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
6 comments:
Tak kah gila suruh kita undi "syaitan" yang kita kenali daripada "malaikat" yang kita tidak kenal? Maknanya sangat bahaya ni.
Jelas, jelas, jelas. Inikah pemikiran seorang pemimpin yang berjiwa rakyat? Yang kita tahu, malaikat sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik, telus, integriti, patuh pada arahan .... manakala syaitan ini sentiasa ingkar, mungkir janji, jahat, ....
Nampaknya orang tua dah hilang akal yang waras. "Somebody" kena menasihati orang tua balik ke pangkal jalan sebelum terlambat sebab dalam jiwanya penuh dengan banyak amalan-amalan syaitan sehingga sanggup suruh kita mengikut jejak syaitan. Minta simpang sebab manusia selalu ajak manusia berbalik ke jalan Allah swt dan bukan sebaliknya. nauzubillah.
... Speaking of the DEVIL
Cuba kita perhati betui2. Barrack Obama tu agama apa? Yahudi atau Islam? Manakala pemimpim Pakatan Rakyat kat mesia ni ISLAM kecuali DAP ja. Madey paham x beza ISLAM ngan YAHUDI? X tau la kalau madey tu bukan ISLAM. Lu pikir la sendiri............
kita sebagai pemimpin kena cakap yang baik baik sahaj..janganlah sampai suruh undi syaitan...huhu
PAS SENDIRI PENGHALANG KEPADA HUKUM HUDUD.
by zainudin maidin
Adalah tidak wajar untuk menyatakan bahawa Karpal Singh anti Islam semata mata kerana beliau menentang hukum hudud sebaliknya beliau memberikan pandangan yang realistik terutama dalam keadaan dunia menuju globalisasi.
Harus diingatkan bahawa Tun Dr,Mahathir sendiri ketika menjadi Perdana pernah memberikan pandangannya bahawa hukum hudud tidak relevan dengan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia oleh kerana akan menampakan ketidakadilan dalam perlaksananaanya jika hanya dikuatkuasakan kepada orang Islam sahaja.
Dengan itu akan ramai kelihatan pencuri Islam yang kudong tangan dibandingkan dengan pencuri bukan Islam yang akan dikenakan hukuman sivil yang lebih ringan.
Apakah pandangan Mahathir ini boleh dianggap sebagai anti Islam?
Apakah kita yakin Pas akan melaksanakan hukum hudud dengan seadilnya sekiranya ia berjaya memerentah Malaysia sedangkan orang yang telah terbukti berzina dan melakukan homoseksual pun dipertahankan malah dijadikan ketua .
Pemimpin pemimpin Pas bagitu bersemangat menghentam Karpal Singh yang mencabar hukum hudud semata mata untuk menutop kelemahan mereka yang telah didedahkan oleh kenyataan berani dan pedas Nasharudin terhadap Karpal Singh.
Kenyataan Nasharuddin segera menyedarkan ahli ahli Pas bahawa mereka sebenarya berketuakan tukang karut, pelawak, ,penjual ubat,oportunis dan pemimpin pemimpin yang telah meninggalkan perjuangan Islam.
kita sebagai pemimpin kena cakap yang baik baik sahaj..janganlah sampai suruh undi syaitan...huhu
Post a Comment