Nuffnang

Thursday, August 16, 2012

Terpanas : Nasha mu lebih baik keluar dari PAS : Nik Aziz


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas timbalan presiden PAS itu dilihat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah semalam, demikian menurut laporanBernama
    
NONE"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi presiden PAS boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya kepada Bernama di Kota Bharu hari ini. 
    
Akhbar hari ini memaparkan gambar Nasharuddin menyertai perdana menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.
    
Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz. 
    
Dalam Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.
    
Nik Abdul Aziz juga dipetik Bernama sebagai berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti. 
    
Bernama

Ulasan : Nasha Lebih baik keluar dari PAS, buat apa dulu kata BN macam macam sekarang ni hang ikut PM pulak.. semoga kamu peroleh apa yang hamu mahu di bulan ramadhan ni

4 comments:

Penulis Rindu said...

semoga dia berubah

Anonymous said...

Bagusla dia kuar....politik kartun kat Malaysia ni xyah ikut...sume x betul...

Anonymous said...

Dia mendakwa pergi sana utk hadiri persidangan OIC! Atas kapasiti apa dia pergi sana hah??? Adakah PAS yang menghantarnya ke sana??? Apa kena mengena dia mengatur pertemuan utk NAJIB berjumpa dgn pembesar2 Arab???

Untuk NASA....tak payah la nak berselindung dan malu utk nak mengatakan diri tu dah berada dan tertarik dgn UMNO. Apa.....takut kena kutuk ke dgn penyokong2 PAS ATAU....nak menjadi SPY dlm untuk umno dalam PAS?????

Gerak geri kau tu rakyat boleh baca laaaaaaa.....!!!!!!

Duckijsby said...

Dia mendakwa pergi sana utk hadiri persidangan OIC! Atas kapasiti apa dia pergi sana hah??? Adakah PAS yang menghantarnya ke sana??? Apa kena mengena dia mengatur pertemuan utk NAJIB berjumpa dgn pembesar2 Arab??? Untuk NASA....tak payah la nak berselindung dan malu utk nak mengatakan diri tu dah berada dan tertarik dgn UMNO. Apa.....takut kena kutuk ke dgn penyokong2 PAS ATAU....nak menjadi SPY dlm untuk umno dalam PAS????? Gerak geri kau tu rakyat boleh baca laaaaaaa.....!!!!!!

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung