Nuffnang

Monday, September 17, 2012

Hot !!! Kalau Menteri Dalam Negeri..Boleh Kata tiada jaminan keselamatan kepada pembangkang...habis cerita la ?


KUALA LUMPUR: Kalau penyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) terus bertindak ganas ke atas majlis dan jelajah Pakatan Rakyat (PR), Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Husseinlah yang bertanggungjawab.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan menteri itu mengenai keselamatan para pemimpin PR di Johor sebagai membakar semangat para penyokong Umno dan BN untuk bertindak lebih ganas.

Ketika ditanya terhadap jaminan keselamatan terhadap PKR di Johor memandangkan sudah tiga kali bas jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dan disimbah cat, Hishammuddin berkata, "Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri".

Bagi Mohamad, sebagai menteri, Hishammuddin tidak boleh berkata begitu kerana ia akan difahami sebagai galakan dan perangsang oleh pihak yang mengganas untuk melakukan lebih banyak keganasan.

"Bila pihak yang mengganas merasa mereka ada lesen untuk mengganas dengan lebih liar lagi, pihak yang diganasi juga merasa mereka diberi lesen untuk bertindak mempertahankan diri dengan kekerasan juga.

"Akhirnya negara akan jadi huru-hara dan Menteri Dalam Negerilah yang mencetuskan perkara itu kerana kenyataan beliau," katanya.

Mohamad menyifatkan kenyataan tersebut bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah dengan jelas memperlihatkan kebodohan menteri itu.

"Itu kenyataan paling tidak bertanggungjawab. Bukan itu sahaja, paling bodoh untuk diucapkan oleh seorang menteri," katanya.Malaysiakini

3 comments:

Anonymous said...

kalau KDN lps tangan ..susah macam nie

~~su manje~~~ said...

salam En>Abu Luqman

Saya ok je...maaf lama tak on9....
Pekabar.....?
sumanje kurang sikit la dalam bab politik nie...so maaf ye...no komen

1 Malaysia said...

Memang Menteri tu bodoh. Mana pernah dia mengeluarkan kenyataan yang membina sejak dari jadi Menteri Pendidikan dulu? Dah lah bodoh tapi nak nak berlagak pandai. Ini yang orang kita sebut "BODOH SOMBONG".

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung