Nuffnang

Thursday, September 27, 2012

Terkini !!! Lelaki ditahan bantu siasatan dakwaan hina Islam di Facebook..

Ini Kut Wajah Pemuda  India Di Tahan Polis

Polis menahan seorang pemuda berusia 25 tahun di rumahnya di Taman Klang Jaya di sini bagi membantu siasatan kes berkaitan
memuatkan komen menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini. 
    
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata suspek ditahan pukul 11 pagi tadi untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu berniat melukakan perasaan agama seseorang.
    
Beliau berkata suspek bagaimanapun menafikan menulis kata-kata penghinaan dalam laman sosial itu menerusi satu laporan polis yang dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan tengah malam tadi. 
    
"Dia turut mendakwa komputer ribanya pernah hilang sebelum ini," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di Klang hari ini. 
    
Suspek dalam komen terbarunya menerusi Facebook mendakwa akaun Facebooknya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dan mengatakan dia tidak pernah berniat menghina mana-mana agama di negara ini. 
    
Terdahulu, beberapa badan bukan kerajaan lain di Klang membuat laporan polis berhubung komen tersebut. 

- Bernama

9 comments:

Penulis Rindu said...

terkantooi...pemuda ni..lain kali jangan main main

MANASATU said...

KURANG AJAR!!...ORG MCM NI PATUT DI HALAU DARI NEGARA NI, XRETI HORMAT ORG LAIN!

Anonymous said...

Minta polis siasat sedalamnya.. Nanti ada kes semua bagi alasan komputer hilang lah, kena hack lah.. Orang curi password lah

mijiemobile said...

tiada hukuman,tiada lah pengajaran.

Diari Si Froggie said...

kalau komputer hilang macam tak masuk akal je.. tak kan komputer hilang sekali dengan password2 fb hilang.. huk3.. apa2 pun pihak polis kena kaji bebetul kes nie.

Anonymous said...

Dia ada buat report tak komputer hilang...eelek kan so....dia dah cuaklah tu ..... Dey macha kasi respek cikit aaaa...buang lu punya batu kapla ada duduk...tarak kalu...

Anonymous said...

Dia ada buat report tak komputer hilang...eelek kan so....dia dah cuaklah tu ..... Dey macha kasi respek cikit aaaa...buang lu punya batu kapla ada duduk...tarak kalu...

Penulis Rindu said...

pihak polis kena siasat seadilnya...jika tidak orang lain pun akan buat begitu..

Anonymous said...


puiitttt....kurang ajar. nak test power dgn hina nabi dan agama islam.

amek ko...kalo terbukti ko yg buat...aku harap ko kena belasah cukup2 oleh banduan2 lain dlm lokap nanti.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung