Nuffnang

Tuesday, October 2, 2012

Royalti: TG Nik Aziz lancar konvoi 'R' Di Kota Baharu




KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi tadi menyempurnakan upacara pelepasan konvoi 500 kenderaan menuju ke Putrajaya dalam misi mereka menuntut hak royalti.

Pelepasan itu diadakan di perkarangan Stadium Sultan Mohamad IV di sini kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Turut serta pada majlis itu ialah Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan.

Konvoi tersebut adalah anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti (R), Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan atau singkatannya 'R' sempena berlangsungnya hari perbicaraan kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas berkenaan royalti petroleum di Istana Kehakiman Putrajaya esok.

Selain Kelantan, konvoi serupa turut bergerak dari Johor untuk Zon Selatan , Perlis untuk Zon Utara dan juga turut disertai oleh wakil Sabah dan Sarawak.

Upacara sambutan ketibaan konvoi itu ke Kuala Lumpur akan dibuat di Plaza Tol Gombak kira-kira jam 4.30 petang ini.

Konvoi itu kemudian akan bergerak ke Shah Alam bagi program Ceramah Mega R Tuntut Royalti di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam malam ini.

Pasukan konvoi dari dua lagi zon juga akan bergabung di Shah Alam petang ini.

Dianggarkan lebih 8,000 orang keseluruhan yang menyertai konvoi kali ini.

Sementara itu, program malam ini akan dihadiri pemimpin-pemimpin utama politik Pakatan Rakyat termasuk Tuan Guru Nik Aziz, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Selain mereka, turut akan hadir Datuk Husam Musa, wakil pimpinan Sabah Tan Sri Ibrahim Menudin, wakil pimpinan Sarawak YB Baru Bian termasuk wakil NGO-NGO dari Terengganu iaitu Presiden Majlis Pemaufakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT), Hj Fauzi Abu Samah, NGO dari Sabah iaitu Gerakan Nasionalis Sabah yang diwakili Presidennya Hj Zainal Ajamain.

Esok, konvoi dijangka bergerak ke Putrajaya kira-kira jam 7 pagi dari Shah Alam yang akan diketuai sendiri oleh Tuan Guru Nik Aziz. Harakahdaily

5 comments:

Penulis Rindu said...

semoga allah mengkabulkan doa rakyat Kelantan

Anonymous said...

impak nya mesti besar-kawe pasti join esok

Anonymous said...

bravo!! selamat datang ke putra jaya...dengan ceria

...tuntutan royalti berupa candu pas kepada rakyat kelantan..akut menjanjikan sesuatu bagi menutup menutup bangkai segala kegagalan dan kelemahan pemerintah pas selama ini...

...tuntutan royalti berupa ubat yang mujarab kepada malaysia untuk mengubati kelantan yang berpenyakit ...





Anonymous said...

Semoga Allah kabulkan doa rakyat kelantan dan seluruh rakyat malaysia yang teraniaya...

Myzul said...

semoga semuanya berjaya

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung