Menurut Abd Rahman, kenyataan dibuat Ahmad memberi peluang kepada kepimpinan Anak untuk membidas semula.
“Datuk Ahmad Maslan seakan terlupa bahawa Anak ditubuhkan di bawah parti Pas sendiri. Pertubuhan ini sebenarnya tidak perlu berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
“Jelas sekali nampak kedangkalan beliau mengenai perkara itu. Kenyataan semborononya itu seperti telah memakan diri sendiri," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.
Abd Rahman juga mempersoalkan kewujudan beberapa lagi pertubuhan yang tidak berdaftar di bawah RoS tetapi tidak dibangkitkan Ahmad.
“Antara pertubuhan dikenal pasti adalah Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR), Gerakan Peneroka Wanita (GPW) dan Belia Felda.
“Anak memang sebuah pertubuhan tetapi kewujudan Anak tidak menyalahi undang-undang kerana ia berjalan atas tiket parti Pas tetapi mempunyai perbezaan dengan JKKR dan GPW,” katanya.
Beliau turut mendesak Ketua Pengarah RoS, Datuk Abdul Rahman Othman mengambil tindakan sewajarnya ke atas pertubuhan itu juga.Sinarharian
3 comments:
aduhai..mcm2 cite..berfikir dahulu sebelum berkata-kata
Kebenaran akan terbuktui kot2 mane pun...lambat atau cepat je
34 UNIT RUMAH TERES DALAM BANDAR UNTUK DIJUAL
Selalua meerkat ini berkata kata Ikut sedap mulut je
Post a Comment