Nuffnang

Tuesday, October 2, 2012

Terpanas [hot] : KM Melaka diminta perjelas belanja majlis kahwin 'mega'




Pemimpin Pakatan Rakyat Melaka menuntut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengisytiharkan segala perbelanjaan untuk penganjuran majlis perkahwinan seorang anaknya semalam yang dilaporkan dihadiri lebih 100,000 tetamu.

Setiausaha DAP Melaka Khoo Poay Tiong berkata, Mohd Ali perlu menjelaskan sekiranya majlis "mega" yang mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records itu melibatkan tajaan pihak tertentu.

"Saya ramalkan (kos) majlis berkenaan RM10 bagi seorang tetamu dan sekiranya 130,000, ia pastinya mencecah perbelanjaan sehingga RM1.3 juta. Itu baru makan dan tidak termasuk perbelanjaan lain.

"Kalau ketua menteri seorang yang ikhlas dan jujur, tolong nyatakan segala perbelanjaan dan kalau ia ditanggung oleh individu tertentu tolong nyatakan siapa yang taja," katanya.

Khoo turut mempersoalkan manfaat yang diperolehi rakyat kerana perbelanjaan besar itu menurutnya lebih sesuai disalurkan untuk kepentingan rakyat Melaka.

"Jumlah kehadiran tetamu pada majlis berkenaan mengatasi jumlah kehadiran tetamu pada majlis terbuka perdana menteri pada Aidilfitri lalu. Apakah dia lebih berpengaruh daripada perdana menteri?

NONE"Lagi elok, kalau sekiranya segala perbelanjaan dialirkan untuk kepentingan rakyat Melaka bukan untuk anaknya. Ini (seolah-olah menunjukkan) anak lebih utama daripada rakyat," katanya.

ADUN Ayer Keroh itu juga mendakwa, bas yang sepatutnnya digunakan untuk pengangkutan awam juga digunakan untuk membawa tetamu ke majlis berkenaan.

Padahal, bas berkenaan sepatutnya telah ditetapkan jadual perjalanan masing-masing dan bukannya untuk ke majlis berkenaan katanya.

'Tak wasatiyyah'

"Ini menunjukkan sikap ketua menteri itu yang mementingkan diri tanpa memikirkan kepayahan masyarakat lain yang mahu ke lokasi tertentu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Kamaruddin Sidek berkata, penganjuran majlis tersebut menunjukkan bahawa Mohd Ali tidak mengambarkan semangat wasatiyyah yang selama ini dilaungkan kerajaan.

NONEMenurutnya, pembaziran berlaku di setiap sudut sedangkan wang berkenaan sepatutnya perlu digunakan untuk menjelaskan hutang negeri yang semakin kritikal.
"Saya tidak nampak, dengan mengadakan majlis secara besar-besar seperti ini, ianya satu keperluan selain dari melakukan pembaziran," katanya.
Beliau turut meminta Mohd Ali menjelaskan sekiranya agensi kerajaan digunakan untuk majlis yang diadakan di Dewan Tun Ali, Bukit Katil itu.
Tinjauan di sekitar kawasan itu semalam menunjukkan ramai anggota polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan bertugas mengawal keselamatan dan lalulintas sepanjang majlis itu berlangsung. 
Persandingan anak sulung Mohd Ali, Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26, berlangsung dengan penuh meriah dan dihadiri Sultan Selangor, para menteri dan juga kenamaan lain.

Hadirin di majlis itu turut dihiburkan dengan dendangan penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza. Malaysiakini.

4 comments:

Penulis Rindu said...

buat apa..membazir ye..orang ramai lihat dan tahu ye

Anonymous said...

Gile tol....aku rasa duit catering dia pun dah brape.....aku nak kawin ni cam nak mati carik duit...kawin anak dia ni leh wat kenduri kawin 20 kali...

Anonymous said...

apa susah,duit bisnes kan melambak-lambak,bukan dia minta duit kau orang pun,hahaha

Anonymous said...

Bayaran Ali Rustam jemput Siti Norhaliza nyanyi pun dah lebih RM50,000.. Apa nak heran.. Anak aku dah 3 orang kahwin tapi belanja tak sampai pun RM45,000

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung