Nuffnang

Thursday, December 6, 2012

Hebat !! AES: S'gor akan 'bungkus' 2 kamera di Sepang

Sistem AES 
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan bertindak tegas dengan membungkus dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di kawasan Sepang bermula Jumaat ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan tersebut terpaksa diambil ekoran tiada sebarang tindakan untuk menanggalkannya oleh pihak Kementerian Pengangkutan walaupun tempoh dua minggu telah diberikan.

"Sementara menunggu penjelasan daripada Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri akan bertindak menutup Kamera AES dengan sarung supaya tidak dapat berfungsi bermula Jumaat ini," katanya dipetik Selangorku..

Menurut Khalid lagi, jika pihak kementerian masih tidak memberi respon di dalam dua minggu, Kerajaan Negeri akan menanggalkan kedua-dua kamera tersebut.

Kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Sepang (MPSP) sebelum ini katanya telah menulis surat kepada kementerian untuk membetulkan tatacara permohonan dan mendapat kebenaran untuk memasang kamera tersebut.

“Namun surat oleh YDP (Yang Di Pertua) MPSP langsung tidak diendahkan,” ujar beliau semalam.

Pada Nov 9 lalu, Abdul Khalid mengumumkan bahawa Selangor akan menangguhkan perlaksanaan sistem AES di Selangor sehingga Kerajaan Selangor berpuashati dengan cara perlaksanaannya. harakah

1 comment:

Anonymous said...

khalid sewel....

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung