Hiasan Google
BIARLAH saya perkenalkan diri sebagai Cinta. Saya mengenali teman lelaki bernama J dari laman sosial. Daripada hubungan sebagai rakan maya hinggalah ke hubungan yang lebih serius.
Pertemuan pertama membawa kepada bibit-bibit cinta sehinggalah pada pertengahan tahun lalu kami bertemu di satu tempat yang mana kami sendiri rancang. Mulanya hubungan sekadar ringan-ringan dan meleret kepada berat.
Waktu itu juga saya merelakan diri dinodai. Pertama kali saya merelakan diri dinodai, semuanya atas nama cinta. Akhir tahun lalu saya didapati positif hamil.
Saya cuba memberitahu J, tapi jawapannya amat menghampakan dan menghancurkan hati saya. Tergamak dia menyuruh saya menggugurkan kandungan. Sudahlah berzina kemudian dia paksa saya membunuh. Saya enggan dan bertekad menjaga kandungan dengan baik. J sudah melarikan diri. Saya amat kecewa, tapi masih menafikan perasaan kecewa itu.
Sekarang saya sudah melahirkan bayi comel. Bila saya tatap bayi ini, besar dosa yang saya lakukan. Keluarga amat kecewa dengan sikap saya yang terlalu menurut nafsu. Tapi ini juga bukan salah saya seorang kerana hidup saya memang tertekan dan kurang dipedulikan keluarga.
Apakah tiada ruang untuk saya bertaubat? Apakah insan seperti saya terlalu jijik di mata masyarakat. Saya tahu kelemahan dan sedar kekurangan saya.
Dr, saya memang sudah berubah, tapi ibu dan ayah sudah membuang saya dalam kehidupan mereka. Sekarang saya merempat. Apakah kami yang melakukan dosa berzina ini tiada ruang untuk bertaubat?
Apakah tiada ruang untuk saya bertaubat? Apakah insan seperti saya terlalu jijik di mata masyarakat. Saya tahu kelemahan dan sedar kekurangan saya.
Dr, saya memang sudah berubah, tapi ibu dan ayah sudah membuang saya dalam kehidupan mereka. Sekarang saya merempat. Apakah kami yang melakukan dosa berzina ini tiada ruang untuk bertaubat?
Terlalu sedih rasanya hati ini. Bayi saya langsung tiada dosa dan dia adalah anugerah daripada Allah. Tidakkah kami yang terlanjur ini diberi ruang atau peluang untuk memberitahu masyarakat bahawa kami memerlukan sokongan?
CINTA, . h Metro
14 comments:
kesihan remaja masakini
Bertaubatlah dgn taubat nasuha dan dekatkan diri dgn Allah.
saya hamil luar nikah ? apa nak buat ?
http://ohgadisitu.blogspot.com/2012/10/saya-hamil-luar-nikah-apa-nak-buat.html
Wanita/gadis/perempuan harus senantiasa berwaspada dalam perkara ini. "BERTEPUK SEBELAH TANGAN, TIDAK AKAN BERBUNYI"..!!
itu lah remaja skrg..bile diberi nasihat dikatanya sile jaga tepi kain sndiri,bile dh ditimpa musibah tahu plak nk minta simpati drp org rmi..tp ape pon moga adik ni betul2 bertaubat.Amiinn
semoga sukses selalu
Salam kenal dan sukses selalu
infonya sangat bermanfaat sekali
thank's infonya
Ikut gabung sisni ea
sukses terus ea
jangan lupa mampir balik ya gan
saya nak jumpa gadis ni macam mana....
sy nak kahwini remaja ini.. bape umur dia???
Benarkah ramai wanita gembira selepas guna benda ni? Lihat Sini lebih hebat dan lebih puas?
Post a Comment