Nuffnang

Thursday, January 10, 2013

Panas : Mana Pergi Wang Pampasan RM 207 Bilion dari kerajaan Jepun ?


Ahli parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata beliau akan menghantar surat kepada Kementerian Kewangan memohon penjelasan berhubung wang pampasan RM207bilion kepada warga Malaya yang menjadi buruh paksa pembinaan 'Landasan Keretapi Maut' Siam-Burma 1942-1946.

Katanya lagi, tujuan beliau menulis surat itu untuk mendapatkan penjelasan mengapa kementerian tidak menjawab pertanyaan beliau berhubung wang pampasan itu, sewaktu membangkitkannya di Dewan Rakyat, November lalu.

Bercakap dalam sidang media di ibu negara semalam, beliau berkata tindakan itu dibuat selepas dicadangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim sewaktu pertemuan mereka pada sidang parlimen lalu.

Mohammad Nizar bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci bila akan menghantar surat tersebut dan menegaskan "dalam proses untuk menghantarnya".

"Kalau dia (kementerian) terus membisu, kerajaan tidak peka dengan rakyat yang terpaksa menanggung penderitaan, di mana ramai lagi mereka masih lagi hidup.

"Dan kerajaan tidak bersimpati dengan waris-waris mereka, yang mana arwah ayah dan datuk mereka berkhidmat kepada kerajaan Malaysia dan Jepun ketika itu. Tetapi ia tidak dinilaikan. Itu intepretasi saya," katanya.

Mohammad Nizar berkata tindakan tidak menyerah wang tersebut, menjadi "satu kesalahan dan bertentangan dengan budi bicara serta nilai kemanusiaan".

"Ini bukan wang kita, ini adalah wang darah. Wang darah ini perlu diselesaikan. Kalau tidak, nanti mereka akan menuntut di dunia dan di akhirat. Sebab itu kita kena bertanggungjawab," katanya.

Mohammad Nizar turut mengingatkan bahawa jumlah rakyat Malaya yang dikerahkan membina landasan tersebut ialah 72,000, tetapi yang pulang ke tanahair seramai 30,000 sahaja.

Bagaimanapun, beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat berkata mangsa atau waris belum menerima apa-apa daripada wang pampasan tersebut.

Pada November lalu, Mohamad Nizar dilapor membangkitkan berhubung pampasan tersebut dalam Dewan Rakyat tetapi kerajaan tidak memberi respons  mengenainya.

Ekoran itu, beliau mengadakan pertemuan dengan kedutaan Jepun di Malaysia memohon penjelasan berhubung wang pampasan tersebut. malaysiakini

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung