Keratan Akhbar Indonesia ..
Liputan akhbar Republika dari Indonesia ttg kekecewaan PM Australia terhadap tindakan kerajaan Malaysia yg menghalang kemasukan Senator Nick Xenophon ke negara ini
Rentetan Berita >>
Senator Australia persoal pengusiranSenator Australia Nick Xenophon yang diusir selepas beberapa jam mendarat di negara ini, percaya kerajaan Malaysia bertindak demikian ekoran sokongannya ke atas gerakan pro-demokrasi dan juga kumpulan reformasi pilihan raya BERSIH.
Laporan agensi berita AFP menyebut, Xenophon yang tiba di lapangan terbang Melbourne pagi ini berkata beliau terkejut dengan tindakan ke atasnya.
"Nampaknya, satu-satunya risiko adalah untuk saya memalukan kerajaan Malaysia atas sokongan saya pada pilihan raya bebas di Malaysia," katanya.
Senator bebas adalah sebahagian daripada delegasi empat anggota Australia yang mengambil inisiatif untuk meneliti sistem pilihan raya Malaysia selepas kerajaan Australia menolak permohonan Anwar mendapatkan pemerhati bebas bagi memantau pilihan raya umum akan datang.
Tiga lagi anggota delegasi itu ialah MP Mal Washer, Senator John Williams, dan MP Steve Georganas.
Delegasi itu dijadualkan bertemu dengan Anwar pada hari Isnin, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada hari Selasa, serta NGO lain dan ahli parlimen pembangkang.
Ketiga-tiga MP berkenaan, menurut laporan AFP, telahpun membatalkan kunjungan mereka ke negara ini susulan tindakan ke atas Xenophon..Malaysiakini..

6 comments:
kenapa boleh jadi begini?
ooooo...ini kisahnya.
MELBOURNE – Seorang pengulas kanan Australia menganggap senator bebas Nick Xenophon bertindak “bodoh atau sengaja mempromosi diri” berhubung episod di Malaysia hujung minggu lalu.
Editor berita luar negara akhbar The Australian, Greg Sheridan berkata tindakan Xenophon meminta kerajaan Australia memantau pilihan raya umum di Malaysia nanti adalah “bodoh dan tidak praktikal”.
Sheridan juga menuduh Xenophon “berkempen hanya untuk sebelah pihak politik Malaysia – pihak pembangkang”.
Beliau berkata Menteri Luar Bob Carr bertindak betul dengan tidak memperbesarkan isu pengusiran Xenophon dan dengan bersetuju terhadap kenyataan rakan sejawatannya dari Malaysia bahawa isu itu tidak akan menjejaskan hubungan kedua-dua negara.
“Carr tidak perlu mengambil tindakan lanjut berhubung perkara itu dan kemungkinan pun tidak,” katanya.
“Mereka (Malaysia) sepatutnya sama ada memberitahu Xenophon lebih awal yang beliau tidak diterima masuk atau sepatutnya membiarkan sahaja lawatan itu tanpa disedari.
Bagaimanapun, apabila berdepan dengan ahli politik Australia yang mencampuri urusan politik negara dalam beberapa perkara akan memberi kelebihan kepada parti pemerintah.
“(tindakan) beliau boleh mencerminkan bahawa pihak yang beliau sokong mungkin mempunyai elemen paling kukuh sebagai parti Islam paling ekstrem dalam arus utama politik di Asia Tenggara,” kata Sheridan.
Memberi contoh masalah pilihan raya di Vietnam dan Kemboja, Sheridan berkata Malaysia dalam sudut apa sekalipun ialah antara negara paling demokratik dan bebas di Asia Tenggara.
“Pilihan rayanya mungkin tidak sempurna, tetapi mereka lebih baik daripada kebanyakan negara lain di dunia.
“Malah, keterbukaannya membolehkan individu seperti Xenophon untuk menunjuk-nunjuk di sana”. – BERNAMA
akhbar dari Australia berkata sebalik nya... yg percaya sgt akhbar indon tu wat pe.. nmpk sgt la pembangkang ni terok..
anynomos ..ko tu bodoh ...sb ambik sumber dri bernama ..hahha ..bernama tu sumber dri tong taik ler ....
Post a Comment