BN nampaknya tiada masalah untuk membelanjakan wang yang banyak untuk membiaya hiburan di acara politik ketika dasar parti itu mendakwa cuba mengekang masalah kos sara hidup rakyat dengan mengedarkan bantuan kewangan.
Ini dilihat melalui rancangan untuk menganjurkan acara bersama penyanyi pop Psy - yang popular dengan lagu Gangnam - pada 11 Februari semasa majlis rumah terbuka BN Pulau Pinang.

br1m 2.0 launch by najib razak 2Acara di perkarangan kolej Han Jiang yang akan dihadiri 60,000 orang itu dijangka akan turut disertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beberapa orang penganjur konsert memberitahuMalaysiakini bahawa Psy mungkin hanya akan membuat penampilan ringkas selama kira-kira 60 minit.

Penganjur berkenaan menjangkakan bahawa Psy akan mengenakan bayaran sekitar USD300,000 hingga USD400,000 (RM932,100 to RM1,242,800) untuk persembahan ringkas dengan lagu yang dirakam dan juga beberapa orang artis iringan.


GEORGE TOWN, 3 Feb — Sebuah syarikat swasta gergasi Mega Ultimate dan bukan Barisan Nasional (BN) yang membayar penyanyi terkemuka Psy untuk tampil pada sambutan Tahun Baru Cina yang digembar-gemburkan berlangsung di Pulau Pinang minggu depan, kata jurucakap rasmi BN hari ini.
Ketua Pemuda BN negeri Oh Tong Keong memberitahu penampilan Psy ditaja oleh sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.
Beliau menolak tuduhan mengatakan kerajaan pusat menggunakan wang awam untuk membawa penyanyi fenomena “Oppa Gangnam Style” sebagai cubaan untuk menarik sokongan pengundi muda menjelang Pilihan Raya 2013.
“Malahan persediaan dan makanan untuk sambutan ditaja oleh beberapa syarikat tempatan,” kata Oh kepada The Malaysian Insider.