Nuffnang

Thursday, March 7, 2013

Terpanas...Media Macai BN ..Kepanasan..Minta Tempoh..Jawab Surat.?.Jom Baca

Peguam Anuar
Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR 6 MAC: Dua media kawalan Umno meminta tangguhan jawapan terhadap notis tuntutan Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan laporan fitnah yang mengaitkannya dalam tragedi Lahad Datu.

Peguam, N Surendran berkata TV3 Malaysia Berhad meminta tempoh dua minggu manakala Utusan Malaysia tidak menyatakan tempoh.

“Semalam, kami terima surat dari TV3 yang minta tempoh dua minggu untuk menjawab notis. Utusan juga tapi tak nyatakan tempoh. “Mereka patut boleh jawab pada kadar segera,” kata Naib Presiden KEADILAN itu kepada Keadilan Daily, hari ini.
Pada 4 Mac lalu, Anwar menghantar notis tuntutan saman dan memberi tempoh 24 jam untuk menarik balik tuduhan, membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi, masing-masing RM100 juta.

Surendran tegas menyatakan tuntutan tetap dibuat sehingga kedua-dua media berkenaan harus menjawab semua tuntutan Ketua Umum KEADILAN itu.
“Kita pandang serius tuduhan berkenaan dan menuntut permohonan maaf  serta ganti rugi,” katanya.

Sebelum ini, muka depan Utusan bertarikh 2 Mac memapar tajuk ‘Ketuan  Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?’ manakala satu laporan di muka 10 akhbar itu bertajuk ‘Tiga kumpulan jadi dalang.

TV3 pula menggunakan istilah dalang ketika mengaitkan Anwar dalam insiden berkenaan.
Laporan itu bertentangan dengan kenyataan Kesultanan Sulu yang menafi dakwaan kononnya pembangkang Malaysia terlibat membantu menyemarak krisis Sabah seperti tohmahan kerajaan Malaysia.

“Kami tiada hubungan dengan pembangkang Malaysia. Kami tidak adakan perbincangan dengan mereka,” kata Puteri Jacel Kiram, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III.

Kenyataan dibuat dalam Interaksyon.com, sebuah laman berita bagi saluran TV5, rangkaian radio dan televisyen komersil utama di Filipina, bertarikh 4 Mac lalu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=46570




7 comments:

Anonymous said...

nampak sangat utusan dan TV3 ni fitnah dan bersalah tapi malu nak minta maaf. Minta tempoh utk melingah2 tindakan.

XUMNO said...

Saman tetap saman. Fitnah telah tersebar. Minta maaf masing2 RM100juta; Tak minta maaf naik jadi RM500juta. Hancurkan ejen2 Umno ini.

Anonymous said...

kalau nak minta maaf ... buat live kat TV3 tu dihadapan dan bersama Anwar sekali...

Anonymous said...

Sokong.anwar kena demand sket.kali ni permohonan maaf di buat secara live di tv 3 dlm buletin utama 8.00 mlm

Anonymous said...

kali ini lah!!!
ini semua sebab anuar

Anonymous said...

Saya seru pihak Anwar teruskan saman sebab beberapa orang kawan saya yang atas pagar sudah mempercayai tuduhan fitnah ini.

Anonymous said...

Terus saman sampai bangkrap TV3 & Utusan tu..menyebar fitnah tak henti2..

Catzorro.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung