Nuffnang

Thursday, March 7, 2013

Terhot Benarkah Kerajaan Malaysia Bayar Trevino untuk Menyerang DSAI


PKR meminta Perdana Menteri menjelaskan sama ada kerajaan mengetahui bahawa perunding Amerika Syarikat yang diupah untuk menyerang seterunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan penyokong kuat rejim Israel.

Pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad PKR berkata, Najib juga perlu mendedahkan jumlah wang rakyat yang digunakan untuk membayar bekas penulis ucapan George W Bush, Joshua Trevino bagi usaha itu.
Nik Nazmi mendakwa, kerajaan membayar Trevino menggunakan wang rakyat melalui Apco Worldwide.
“Adakah kerajaan sedar bahawa konsultan yang dilantik adalah penyokong tegar Israel yang menentang hak rakyat Palestin?

“Ironisnya, ketika Umno-BN terus-menerus menyerang Anwar sebagai pro-Israel di dalam propaganda dalam negara, Trevino dan konsultan lain bekerja keras untuk menggambarkan Anwar sebagai anti-Israel di luar negara,” katanya.

Tambahnya, kerajaan Malaysia sebelum ini didapati membayar RM 94 juta kepada FBC Media antara 2007 hingga 2010 selain daripada bayaran USD70,000 kepada Apco Worldwide oleh FBC untuk melobi kerajaan Amerika Syarikat bagi pihak Najib.

"Selain daripada Apco di AS dan FBC di UK, di (negara) mana lagi BN lantik perunding untuk menyerang pembangkang?

"Siapakah yang terlibat dalam pelantikan dan menyelaras perunding ini?," soalnya.

Nik Nazmi seterusnya mendakwa para perunding tersebut terdiri daripada golongan yang "terkenal dengan pandangan ekstrem dan anti-Islam mereka, yang menghina Islam, Ikhwanul Muslimin dan umat Islam Amerika".

Trevino sebelum ini mengaku menerima USD389,724.70 daripada kerajaan Malaysia untuk mengendalikan blog MalaysiaMatter.com dan MalaysiaWatcher.com.

Pengakuan itu didapati menerusi pemfailan pendapatan beliau dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.Malaysiakini



Nukilan Abu Luqman ..dapat Berita Sensasi Di FB Orang Kampung..LIKE FAN PAGE TAU>>

5 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
m said...

hehehe aku pun sama...al jub diangkat jadi PM...hahaha

Anonymous said...

haha...kau dapat berapa sen ni..sokong BN

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Penulis Rindu said...

Ini lah hai didikan Amano..Kira nak mencarut jer

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung