Nuffnang

Thursday, April 25, 2013

Husam bagi pukulan maut Pada Dato Adnan di Pitrajaya..

Tidak lama lagi, YB Putrajaya - Editor akhbar harian

(Penduduk Putrajaya khusyuk mendengar ceramah Husam di kawasan kejiranan mereka)

KUALA LUMPUR: "Tidak lama lagi, YB Putrajaya." Itulah mesej pesanan ringkas yang dihantar oleh seorang pengarang kanan sebuah akhbar harian malam tadi.

Bersama SMS itu, beliau menyertakan gambar-gambar orang ramai yang memenuhi ceramah calon PAS Datuk Husam Musa di Putrajaya.

Melalui gambar itu jelas kelihatan suasana orang ramai yang penuh sesak di ceramah Husam  yang sangat luar biasa bagi kawasan Putjaya.

Ini kerana, sebagai pegawai kerajaan, penduduk Putrajaya agak sensitif dengan ceramah yang dianjurkan bukan BN.


Namun semangat untuk berubah telah merubah segala-galanya di Putrajaya.

Malam tadi Husam berceramah di Padang Presint 9, Putrajaya. Turut memberikan ceramah malam tadi adalah bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib yang baru menyertai PAS.


(Kereta kempen Husam di Putrajaya)

Sejak petang semalam lagi Husam sibuk dengan pelbagai aktiviti di Putrajaya.

Jam 5.30 petang, beliau turun minum petang di Monumen 2020 bersama penduduk Putjaya.

Jam 6.30 petang pula beliau berkempen di pasar malam dsambil menyapa pembeli dan peniaga di situ.

Jam 7.30 malam, beliau menunai solat Maghrib di surau Alhuda, Presint 9 bersama jamaah di situ.

Jam 8.30 malam pula beliau menunaikan solat Isyak di surau Abdul Rahman, Presint 9.

Pada malamnya, beliau memberikan ceramah umum di padang Presint 9 berdekatan Sekolah Rendah Agama An-Najjah bersama Dr Zaiyadi Awang Noh (bekas ketua pemuda Umno Kelantan) dan Tan Sri Muhammad Mohd Taib (Mantan Menteri Besar Selangor)Harakahdaily, 24 Apr 2013



Klik SINI untuk Berita Menarik DI FB  Orang Kampung 

6 comments:

zmy setiawangsa said...

takder ker video ceramah,,, datuk hj husam musa,,,,

Anonymous said...

lepas pru ni diharapkan Hadi, Mtapa Ali, Harun din buat2 lah brehat berilah peluang pd Husam, Mat sabu,Mahfus, Nizar untuk memimpin PAS...Pemikiran mereka lebih advance dan berkualiti sebagai pemimpin..

Anonymous said...

KAMI DI PUTERAJAYA TIDAK AKAN MENGUNDI CALUN YANG MEMPUNYAI SAHAM DALAM PERNIAGAAN JUDI. KAMI TIDAK AKAN BERSUBAHAT DGN CALUN YG MENGKEDARAH HASIL JUDI. KAMI TIDAK AKAN BERSEKONGKOL LAGI. KAMI MAHUKAN CALUN YANG BERSIH. KAMI MAHUKAN PEMIMPIN YANG BERSIH DUNIA DANB AKHIRAT.

Anonymous said...

Undilah PAS!

Anonymous said...

Dua kali saya pergi meting di Putrajaya dalam seminggu dua ni bersama dua JK dari KKM yang berbeza..sepanjang meting ahli2 JK akan menyelitkan kata2 penghinaan kepada BN/UMNO spt ubah, ini kalilah, ABU dll sambil mendapat sorakan dan tepukan dari yang lain. Semalam terang2 pengerusi mseyuarat sebut Putrajaya pasti HIJAU selepas ini sambil mendapat tepukan lain2 ahli mesyuarat..Ini Kalilah..tapi sepanjang pemerhatian saya tak nampak pun poster YB Husam kat sana..tak menarik pemandangan Putrajaya ketika ini dengan gambar dacing shj.

Anonymous said...

memang nampak ramai... tapi berapa persen jer yang mengundi di Putrajaya

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung