Nuffnang

Wednesday, April 3, 2013

Sah Parlimen Bubar, Pilihanraya Pada ...?. ,Sila Baca Bila !! PR kena kerja Kuat

BERITA MUKTAMAD                                                                                                     
Sah parlimen penggal ke-12 telah bubar. Baru sekajap tadi Najib Razak telah mengumumkan pembubaran parlimen ke-12. Pembubaran parlimen itu sesuai genap tempoh empat tahun Najib menjadi perdana menteri.
tarikh n info terkini: Ini adalah Info Kebarangkalian ..bergantung pada SPR

3/4: bubar parlimen
6/4: pelancaran manifesto d stadium merdeka
8/4: SPR meeting
14/4: penamaan calon
27/4: undi..Info FB Pakatan Rakyat Supporters


Sebelum berucap mengumumkan pembubaran parlimen secara langsung menerusi 'talibision' Najib telah menghadap Yang diPertua Agong pagi tadi untuk menasihat Agong membubarkan parlimen.

Sehubungan itu pilihan raya akan diadakan dalam tempoh 60 hari. SPR akan bermesyuarat paling awal esok sebaik menerima surat pembubaran parlimen. SPR akan mewartakan mengenai pembubaran parlimen kemudian akan menentukan tarikh penamaan calon dan hari mengundi.

Najib berharap ketua-ketua kerajaan negeri akan menghadap Sultan atau Raja dan Yang diPertuan Negeri untuk memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan serentak.

Dengan pembubaran parlimen hari ini tamatlan spekulasi mengenai bila tarikh parlimen dibubarkan. Kini semua pihak dan parti yang berhajat untuk menyertai pilihan raya perlu perlu mengandakan usaha ke peringkat maksiumnya. Lakukan dengan penuh profesional dan kita mengharapkan pilihan raya ke-13 berlangsung dalam keadaan aman dan jaya serta dalam ukhuwah demokrasi tulen. [wm.kl.11:47 am 03/04/03] MSO

1 comment:

Penulis Rindu said...

pilihan terbaik..buat PR

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung