Nuffnang

Sunday, May 26, 2013

Lelaki Yang Menghina Sultan Terengganu.Dalam FB Sudah Di Tangkap

Datuk Jailani..Tim Menteri

KUALA TERENGGANU - Lelaki yang ditangkap polis kerana menghina Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dalam laman sosial Facebook, semalam, disahkan berasal dari negeri ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari yang mengesahkannya berkata, lelaki terbabit berusia lingkungan 30-an ditangkap di satu lokasi di Terengganu untuk bantu siasatan kes itu.

Jailani yang ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Manir/Belara ke-34 2013, bagaimanapun enggan mengulas lanjut maklumat terperinci mengenai suspek, sebaliknya menyerahkannya kepada pihak polis.

Lelaki terbabit yang menggunakan profil ‘cucu nabi’ dikatakan mengeluarkan kata-kata mencela sultan dan tindakannya itu dikesan seorang pegawai Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) di Besut sebelum membuat laporan polis.

Jailani seterusnya menegaskan, sesiapa sahaja tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang sekiranya melakukan perbuatan serupa menerusi laman sosial atau internet.

“Undang-undang tidak membezakan sesiapa saja, tidak kira sama ada di dalam (rakyat tempatan) atau luar negara, sesiapa saja yang terlibat akan dikenakan tindakan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga telah mengambil tindakan sewajarnya termasuk membuat pemantauan bagi memastikan perbuatan menyalahgunakan saluran multimedia dan internet tidak terus berulang.Sinar
Dapat Maklumat Terkini DI FB KLIK SINI 

1 comment:

Penulis Rindu said...

Kena BERhati Hati dalam posting

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung